Thursday 26 December 2013

Wang Kertas ; Kertas Yang Dipaksakan Nilai Ke atasnya



             

            Di akhir zaman ni… kalau ada sapa-sapa yang tak mau guna wang kertas, orang tu wajib tinggal di pulau terpencil sorang-sorang. Nampak tak? Macam mana sekeping wang kertas berwarna-warni mampu menguasai kehidupan manusia seluruhnya.

            Apa bende wang kertas ni? Yang biasa kita panggil note. Wang yang lahir dengan kembar yang bernama riba dan inflasi.

            Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan dalam empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.


            Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya khalifah Islam terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.
           
            Selepas perang dunia pertama WWI, dunia dilanda krisis ekonomi. Wang dah habis dibelanjakan dalam peperangan. Pemimpin-pemimpin negara terlibat mula berfikir bagaimana nak meneruskan survival dalam keadaan gawat ini.
           
            Kemuncaknya, pada tahun 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas. Nampak sangat krisis yang sengaja dicipta untuk memberikan kekayaan kepada bank.

            Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan.

            Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah defisit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.

            Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan sistem piawaian emas. Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab.


            Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa yang ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).

                  Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu.

            Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang dipaksa nilai ke atasnya dan diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya. Kepercayaan semata-mata. Itu sahaja. Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.

Zimbabwe menjadi bukti kerapuhan wang fiat
           
            Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan, mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalaman buruk itu.

            Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.

            Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.

Sunday 22 December 2013

Malapetaka Arrahnu

Kisah benar sorang makcik yang tertipu dengan skim belian emas cara arrahnu (Penjual emas tak cerita habis. Kira menipu laa sebab nak untung). Makcik ni dikempen untuk beli emas 100g. Masa tu harga emas rm190. Harga emas 100g rm19 000. Bayar muka rm5700 (30%). Baki rm13300 (70%) guna pinjaman ar rahnu.Tak pasal-pasal dia berhutang. Bila dh cukup 6 bulan... mana nak cari duit nak tebus rm13 300. So... sambung lagi 6 bulan. Malang sekali.. harga emas masa tu tengah jatuh rm170/g. Bila dinilai semula... hanya layak sambung dengan nilai rm11 900. Kena topup rm1400. 6 bln kemudian. .. emas jatuh hrga lg rm150/g.. nilai susut lagi. Kena topup lagi rm28 00. Jadi ... harga emas makcik tadi ialah 19 000 + rm4 200 (jumlah topup) + rm2000 (upah simpan) = rm 25 200. Itu klu dpt tebus pd bln ke12. Moralnya.. ada duit beli. X pyh hutang2

Monday 25 November 2013

Misteri Minyak Burung But But

Assalamu alaikum wbt...
Pekabo semua? sihat ke? kalau sakit... pegi la berubat. bercakap pasal berubat ni teringat pula pada sejenis minyak urut tradisi melayu yang cukup popular di kalangan bomoh patah dan pesakitnya. iaitu MINYAK BURUNG BUT BUT.
        
Kredit kepada Cikgu Mohammad Nor (Atok)

         Dikatakan amat mujarab sebagai ikhtiar zahir (hakikatnya Allah yang menyembuhkan) untuk menyembuhkan kecederaan patah. Memang sejak dijadikan burung but but ni, Allah dah programkan pengetahuan dalam bentuk ilham kepada burung ni tentang ramuan ubat patah untuk kegunaan sendiri. sama juga tentang ilham membuat sarang kepada burung tempua dan lebah. Begitu juga tempat bertelur kepada penyu, ikan linang dan salmon. Nampak kompleks bukan? Tetapi di sisi Allah amat mudah. boleh semak ayat kursi dan ayat kedua terakhir surah al Kahfi.
        
         Ada dua jenis minyak patah yang dihasilkan oleh pengamal perubatan tradisional.
1) Tidak mengikut petua - kurang mujarab... tapi lebih beretika
2) Mengikut petua - mujarab tapi kurang etika

 Jenis yang pertama

Burung butbut ditangkap. kemudian disembelih. kemudian dimasak atau dilayur untuk mendapatkan minyak. minyak tu pula dicampuar dengan lain-lain ramuan herba tradisional. akhirnya terhasillah minyak burung butbut yang banyak dijual di pasaran sekarang. Boleh la kalau nak beli.

Jenis kedua

1. Cari sarang burung butbut.. cari yang ada anak kecil.
2. Patahkan kaki anak-anaknya.
3. Bila si ibu tahu anaknya cedera patah kaki... maka dia pun terbang mencari ramuan ubat-ubat patah untuk anaknya.
4. Si ibu akan merawat anak-anaknya hingga sembuh (memang telah terbukti hasil pemerhatian orang-orang tua termasuk bapa penulis)
5. Ubat ada dalam sarang. Tapi tak tau kat mana. Sama ada pada anak atau ibu atau mana-mana tempat dalam sarang. Jadi... pembuat minyak akan serkup semua sekali. disembelih anak-anak dan ibu kemudian dimasak dengan sarang-sarangnya sekali dalam satu kuali
Itulah dia minyak burung butbut dengan cara penyediaan yang sebenar. kena booking dengan bomoh patah. takde jual di kedai.

p/s : Artikel ini hanyalah sebagai perkongsian  maklumat sahaja. saya percaya.. tuan-tuan takkan tergamak buat seperti mana yang dinyatakan. kesian kt menatang woiii

Emas Kim Thanh Vietnam


Apa yang anda tahu tentang wang emas Kim Thanh Vietnam?

Kim Thanh adalah nama pengeluar dan pengedar bullion emas di Saigon, Vietnam. Juga nama salah satu jalan yang pernah wujud di sana. Gold bar Kim Thanh dikeluarkan sebelum 1975. Ia memiliki kadar ketulenan sebanyak 99.9%. Beratnya sekitar 37.5 gram.

Walaupun dipanggil goldbar, namun sebenarnya ia adalah gabungan 3 keping emas. 2 keping pertama seberat 15 gram manakala sekeping terakhir seberat 7.5 gram. Jadi berat keseluruhannya ialah 37.5 gram. Kemudian kepingan-kepingan emas ini dibungkus bersama di dalam kertas minyak dan dicop dengan nama pengilang. Gold bar Kim Thanh cukup dikenali di sekitar Asia Tenggara. Khususnya semasa dan selepas perang Vietnam.

Beribu-ribu pelarian Vietnam dan Kemboja lari meninggalkan kampung halaman mereka dengan membawa emas kerana mereka percaya emas sahaja yang akan di terima di seluruh dunia. Mereka juga mampu memulakan kehidupan baru di tempat orang. Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam? Buang ke laut lee.

Tidak ada aset lain yang boleh menandingi emas. Emas boleh ditukarkan kepada tunai pada bila-bila masa. Emas bukan sahaja bernilai di Malaysia tetapi bernilai dan boleh dicairkan di seluruh dunia.

Emas sukar diperolehi dan tidak boleh dicipta. Tiada  siapa pun yang mampu mencipta emas walaupun saintis tersohor. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah sebab susah nak dapat. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Berbeza sekali dengan wang fiat. Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak bersandarkan benda berharga seperti emas dan perak. Kertas je. Dengan nilai yang dipaksa oleh pemerintah.

Wang fiat boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah yang tidak bertanggungjawab. Apabila jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilai wang kertas akan merosot macam duit Jepun cap pokok pisang atau macam kat Zimbabwe sekarang. Rm1000 hari ini tidak mungkin akan bernilai rm1000 dengan nilai yang sama pada 3-5 tahun akan datang.

Tuesday 22 October 2013

Mengapa Perlu Menyimpan Emas




Mengapa perlu menyimpan emas? ilmu berkenaan emas masih lg tidak meluas di kalangan org kita. jadi.. luangkan masa utk membaca pos di bawah. slmat membaca.
1. Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur
2. Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa.
3. Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa
4. Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut Islam.
5. Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu.
6. Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi
“Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” (Berita Harian – 11 Januari 2008). Itu tahun 1960 dan 2008. Sekarang 1 dinar bersamaan RM750. Pun boleh beli sekor kambing jugak.
7. Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan di bank pada kadar sewa yang berpatutan.
8. Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga
9. Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar.
10. Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu.
11. Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik
12. Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dan berat.
13. Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.
14. Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan.
15. Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar.
16. Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan.
17. Tiada cukai dikenakan.
18. Dapat ruang untuk mengeluarkan zakat. Rukun Islam ketiga.
19. Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan.
20. Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka.
21. Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual.
22. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup
23. Hutang Amerika syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession diseluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas.
24. Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja dapat survive
25. Backup didalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya
26. Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi.
27. Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka.
28. Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.
29. Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru.

Friday 18 October 2013

MAJLIS FATWA MALAYSIA; Parameter Pelaburan Emas



Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:
Syarat Umum Jual Beli
1.      Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, iaitu pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut ’uruf yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah.

PIHAK YANG BERAKAD

2.      Pihak yang berakad mestilah orang yang mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud) iaitu dengan memenuhi kriteria berikut:
i.        Baligh, berakal dan rasyid
Jika sekiranya pihak yang berakad seorang yang gila atau kanak-kanak samada mumayyiz atau tidak mumayyiz, maka jual belinya adalah tidak sah. Akad oleh kanak-kanak yang mumayyiz adalah tidak sah kerana jual beli ini melibatkan barang yang tinggi nilainya.
ii. Keredhaan
Akad jual beli mestilah dimeterai oleh dua pihak yang saling reda-meredhai, tanpa ada unsur paksaan, tekanan dan eksploitasi.

HARGA BELIAN (AL-THAMAN)

Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.

BARANG BELIAN (AL-MUTHMAN)

3.      Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.

4.      Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.

5.      Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah:
i.                    Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya.
ii.                  Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.
iii.                Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.

SIGHAH

6.      Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’.

7.      Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.

8.      Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.


SYARAT KHUSUS JUAL BELI EMAS YANG BERCIRIKAN ITEM RIBAWI

9.      Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:
i.                 Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.
ii.               Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan.

Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi.

Perincian taqabudh dan URUSNIAGA LANI adalah seperti berikut:

SYARAT PERTAMA: TAQABUDH
10.              Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.

11.              Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:
a.       Pembayaran secara tunai
b.      Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker’s cheque)
c.       Pembayaran secara cek peribadi
d.      Pembayaran secara kad debit
e.       Pembayaran secara kad kredit
f.       Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa.

12.              Secara urufnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan.

13.              Status tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.
14.              Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:
a.             Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.
b.            Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.

15.              Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara wakalah.

16.              Perlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau hukmi.

SYARAT KEDUA: SECARA LANI

17.              Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.

18.              Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.

19.              Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali, kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.
20.              Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing.

21.              Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:

i.                    Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.

ii.                  Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.

iii.                Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.

iv.                Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.

22.              Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.
AKAD DAN UNSUR SAMPINGAN

23.              Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa hibah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi hibah tersebut.

24.              Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada Yad Amanah.

25.              Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya, termasuklah memberi pinjaman (qardh) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria qardh yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur ”salaf wa bay” iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli.

26.              Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.

27.              Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.

28.              Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak.