Wednesday 26 June 2013

Bagaimana membuat duit dengan emas?



Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh



Kadang-kadang terkejut juga bila ada orang kata “ Buat apa beli emas. Membazir je.” Aik? Ada ke yang cakap camtu. Apasal xde plak. Memang ada la. Sebenarnya kita boleh buat duit dengan emas. Kita boleh jadikannya sebagai sumber pendapatan pasif. Biar emas yang bekerja untuk kita. Ia juga adalah simpanan tetap yang paling menguntungkan. Juga pelaburan jangka panjang yang hampir tiada risiko. Macam mana nak buat? Mudah. Beli dan simpan. Itu je? Sebenarnya ada banyak lagi caranya. Cukuplah yang ni dulu untuk yang baru nak berjinak-jinak dengan emas. Simpan la hingga harganya betul-betul tinggi. Lepas tu jual. Haa…  dah celik dah sikit? Ingat emas ni untuk orang perempuan je? Lelaki pun boleh. Sudah tentu sebagai simpanan.. bukan untuk dipakai.

Okey, kalau nak jual, jual di mana ya? Macam mana nak jual? Mula-mula sekali beli la emas ketika harganya betul-betul murah. Nak beli masa mahal pun takde masalah. Simpan untuk cucu la jawabnya. Jual di tempat yang mengenakan spread paling rendah. Spread?! Amende pulak. Spread adalah harga susut nilai bayangan yang dikenakan oleh pembeli emas. Kalau emas kita berharga RM1000, mereka akan beli daripada kita dengan harga RM750. Aik? Susut RM250 atau 25%. Banyaknya! Ya memang banyak. Itulah spread namanya. Kita kena tunggu emas kita berharga melebihi RM1250 baru boleh buat untung. Lamanya. Memang lama. Sebab tu kita mesti pandai mencari pembeli emas yang menawarkan  spread yang rendah. Seboleh-bolehnya di bawah 10%. Mana nak cari? Carilah daripada syarikat yang menawarkan emas sebagai simpanan atau membekalkan barang kemas yang mempunyai kualiti simpanan. Biasanya syarikat yang menjual… syarikat itu yang membeli semula. Jangan sekali-kali membeli dari kedai emas biasa. Memang banyak kena potong. Lebih-lebih lagi syarikat pinjaman wang. Sampai 40%  dipotongnya. Antara syarikat yang menawarkan emas untuk simpanan dan membeli semula dengan spread rendah ialah syarikat Gold and Silver Resources Sdn. Bhd. Atau singkatannya GSR. Anda boleh layarinya di sini www.gsr2u.com.my/cikdin

Berikut adalah tip-tip untuk memaksimumkan keuntungan melalui pembelian/pelaburan barang kemas.

1. Pilih harga barang kemas yang dijual di bawah harga pasaran.

2. Pilih kedai yang menawarkan kos upah (workmanship) yang paling murah atau langsung tiada.

3. Barang kemas tersebut mestilah mempunyai kualiti emas 916 dan 999.

4. Pilih design yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Elakkan design yang nipis atau halus dan berkerawang.

5. Pilih design yang tiada batu permata.

6. Pilih kedai yang menawarkan belian semula (trade-in value) yang tinggi.

Kalau nak cepat untung, beli je gold bar 10 gram GSR. Sebagai ahli, anda layak mendapat spread sebanyak 5.x%!!!!  

Cara kira spread (spread = harga jual – harga belian semula / harga jual x 100)
Ayuh, mulakan simpanan emas anda.

1 comment:

  1. maksudnya kena beli harga rendah dan jual harga tinggi ke admin. boleh bagi senarai syarikat yang legal utk pelaburan emas?


    [Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]

    ReplyDelete