Friday 28 June 2013

Bagaimana syarikat pelaburan emas haram menjana pendapatan HARAM kepada anda?



Assalamualaikum wbt…
    Pos kali ini adalah untuk menerangkan kepada anda bahawa menyimpan emas fizikal dan pelaburan emas fizikal bukanlah skim pelaburan emas yang bersifat riba dan mirip skim cepat kaya.
        
       Menyimpan emas fizikal bermaksud anda menukarkan wang kertas fiat anda kepada emas fizikal untuk memelihara nilai harta anda agar tidak ditelan inflasi. Beli emas dapat emas. Emas tu pulak dipegang dan disimpan sendiri. Takde wakil-wakil. Selalunya orang-orang berkenaan akan beli sikit-sikit. Biarlah sedikit asal ada emas di tangan.
           
       Manakala pelabur emas fizikal akan beli emas jongkong 999.9 ketika harga murah dalam kuantiti berat yang banyak. Selalunya 100 gram ke atas. Simpan dalam masa setahun atau dua tahun. Bila harga mahal dan melebihi harga belian, ketika itu mereka jual. Keuntungan biasanya mengatasi ASB dan ASN. Kalau tak percaya… cer tanya Marlia Musa. Berapa harga terkini dinar emas yang di beri oleh M. Nasir sebagai mas kahwinnya 13 tahun yang lalu? Dah jual, simpan sikit. Bila harga murah boleh beli lagi.

       Skim pelaburan emas haram dapat dikenali melalui urusan jual beli emas yang terlibat riba al-nasiah. Iaitu ada pertangguhan dalam penyerahan salah satu daripada dua perkara ini iaitu barang dan harga. Atau harga je. Barang langsung takde. Pemberian hibah yang ditetapkan juga menyalahi hukum syarak. Antara cara yang dapat dikenal pasti setakat ini ialah:

Jual harga je. Barang…. Taraak!
Modus operandinya seperti berikut..
1.             Ejen menawarkan kepada anda sekilo emas. Selalunya lebih mahal daripada harga pasaran.
2.       Selepas anda beli, ejen akan menawarkan hibah bulanan sekiranya anda setuju menyerahkan semula emas itu kepada mereka untuk disimpan.
3.           Sebenarnya deme tak simpan pun. Emas tu akan dibawa kepada pelanggan lain pula.
4.           Kadang-kadang sekilo emas ada dekat seratus orang pembeli. Sepatutnya mesti ada seratus kilo. Tapi emas tetap sekilo
5.       Setiap kali ada pelanggan baru maka adalah wang hibah kepada pembeli lama dengan persen lebih tinggi kepada kompeni.
6.            Proses ini berterusan sehinggalah target kompeni tercapai. Mungkin 10 juta.
7.         Bila kompeni dah capai target….. kompeni pun lesap. Tinggallah pelabur yang gigit jari. Mangsa seterusnya tentulah ejen-ejen jualan. Mana mau lari haa?

Delayed Order
1.             Anda ditawarkan emas pada harga murah.
2.             Tapi tempoh penghantarannya sangat lambat. Antara dua ke tiga bulan.
3.        Bila menghampiri tempoh matang, syarikat akan menghubungi anda dan menawarkan belian semula dengan spread rendah atau lebih tinggi daripada harga belian anda.
4.             Anda pun dapat untung atau dapat emas yang anda beli.

Sebenarnya bukan takde emas. Emas tu ada. Saja je simpan kot-kot anda nak emas jugak. Kalau anda setuju jual semula, emas tu akan dijual pula kepada orang lain dengan kaedah yang sama.
            Wang yang anda bayar tu selalunya akan dilaburkan dalam masa anda menunggu (delayed order). Selalunya masuk ke kompeni along. Memang untung banyak. Tapi haram.

p/s : Dalam masa yang sama.... saya tidak menafikan ada pihak yang benar-benar jujur menjalankan perniagaan cara ini sambil membantu meningkatkan ekonomi secara berjamaah. Baca sini.

Simpan Emas
1.             Ditawarkan kepada sesiapa saja yang memiliki barang kemas 916 atau 999.
2.             Minimum 10 gram
3.             Setiap gram yang anda simpan, anda layak mendapat hibah sebanyak RM3 setiap gram.
Sebenarnya emas anda digadai. Kemudian wang itu dilabur ke syarikat along untuk memberi pinjaman segera dengan riba gila-gila punya.

Syarikat-syarikat yang menawarkan khidmat sebegini memang wujud. Tak perlulah saya bagitau nama kompeninya. Nanti korang teringin nak join tak pasal-pasal aku dapat saham.

3 comments:

  1. Emas delay ramai yg main sekarang. Guna alasan ada khilaf tentang hukum tentang emas....

    ReplyDelete
  2. patut bgtau nama kompeni tueee...

    ReplyDelete
  3. dapat dijadikan panduan utk org lain pula.....

    ReplyDelete