Saturday 31 October 2015

SURAT TERBUKA KEPADA YANG KELIRU DENGAN MESIN DENSIMETER AR-RAHNU

kalau tak reti, tanya. jangan main redah je. nanti awak jugak yg nmpak tak cerdik.
Surat jawapan drpd tokey emas kpd customernye yg meroyan. smoga anda dapat pelajari sesuatu.
Wa'alaikusalam Cik Puan XYZ,
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menjadi pelanggan kami dan memberi maklum balas tentang apa yang terjadi pada Cik Puan.
Sukacita kami ingin maklumkan bahawa Bank atau lebih tepat lagi Ar Rahnu bukanlah satu badan pengesah tulen logam yang diberi lesen untuk mengesah tulen sesuatu logam berharga termasuk emas yang Cik Puan bawa. Ar Rahnu merupakan badan yang memberi pinjaman bercagar barang kemas berdasarkan ketulenan barang kemas yang dicagarkan dan diuji menggunakan alat-alat mekanikal seperti mesin timbangan ketumpatan emas yang kebiasaanya digunakan di Ar Rahnu. Mesin timbangan ketumpatan emas hanya sesuai untuk barang kemas jenis padu dan jika Cik Puan bawa emas ber’design’ tidak padu memang akan lari bacaannya kerana mesin tersebut memberi keputusan berdasarkan ketumpatan. Bukan ketulenan.
Sebagai pegawai Ar Rahnu yang bertugas melayan Cik Puan, sepatutnya dia menerangkan bahawa keputusan ketulenan tersebut mungkin ada ralat dan bukan menyatakan Cik Puan ditipu oleh kami. Untuk pengetahuan Cik Puan XYZ, terdapat pelbagai cara lain untuk mengesah tulen sesuatu barang kemas antaranya:
1. Kaedah Laser
2. Kaedah Xray
3. Larutan Asid (kaedah ini yang sering digunakan di kedai-kedai emas)
4. Dan banyak lagi kaedah-kaedah lain yang Cik Puan boleh cari di Google.
Cik Puan XYZ yang dihormati,
Pihak kami akan bertanggungjawab sekiranya pihak Ar Rahnu atau Bank yang menyatakan barang kemas 916 kami adalah berketulenan 835 dapat memberikan pengesahan bertulis kepada kami untuk memudahkan pihak Cik Puan mengambil tindakan terhadap kami andai benar kami menipu Cik Puan dan kami juga mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas pengeluar barang kemas tersebut. Urusan kami dengan Cik Puan adalah telus berdasarkan pemberian resit rasmi di mana jelas kami nyatakan barang kemas yang kami jual adalah berketulenan 916 tertulis pada resit tersebut. Jika pihak Ar Rahnu hanya memberi kenyataan lisan yang tidak boleh dibuktikan di mahkamah bagi kami tindakan tersebut adalah tidak profesional tambahan mereka adalah Bank yang sepatutnya menjaga kredibiliti mereka sebagai satu badan yang dipercayai orang ramai.
Cik Puan XYZ yang dirahmati Allah,
Jangan cepat menghukum andai kesalahan belum lagi sahih. Pihak kami bersikap lapang dada mengalu-alukan Cik Puan datang semula ke kedai andainya Cik Puan rasa tertipu dengan kami bersama kenyataan bertulis daripada pihak Bank untuk kita sama-sama ambil tindakan undang-undang sekiranya benar barang kemas tersebuat adalah berketulenan 835 dan bukan 916. Kita ada undang-undang. Jika Cik Puan masih lagi tidak berpuas hati dengan penerangan kami, Cik Puan boleh rujuk kepada Badan Pengesah Tulen Logam Berlesen seperti berikut:
1. KL ASSAY OFFICE (M) SDN BHD
November 2002 – Present (12 years 10 months)
Lot 3 no 6, jln perusahaan kiri, kws perindustrian ringan setapak,
53200, Kuala Lumpur
Tel: 03-4023 1839
2. Fedmas Assay Office Sdn Bhd
Jalan 2/131a, 58200 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
03-7782 6052
Masalah tak akan selesai jika kita menuduh mana-mana pihak dengan melulu. Mohon maaf andai terlebih kata dari kami.
Pengurus,
Syarikat Emas ABC

Wednesday 16 September 2015

KEUNIKAN LABU SAYONG


 Labu Sayong isi air minuman


Ada orang cakap... sama je dgn bekas tembikar lain. ye ke?
Keistimewaan dan keunikan labu sayong terletak pada tanah liat yang digunakan. Iaitu tanah liat daripada sungai Sayong, Off sungai Perak. Air dalam bekas tembikar yang diperbuat daripada tanah ini takkan berbau tanah jika diikut kaedah penyimpanan yang betul. Air minum yang diisi dalam labu sayong rasa tawar, segar dan sejuk secara asli. Baik untuk badan.
Cara membeli
1. cakap kat tokey yang anda nak labu untuk isi air minum. Karang terbeli yang hiasan... naya. Bau cat dan masih ada saki baki sodium silikat (agen mempercepat proses pembekuan).

Labu Sayong perhiasan

2. pilih pengusaha yang tidak mencampur sodium silikat dalam campuran tanah untuk labu isi air. ada yang cmpur dalam labu untuk isi air. Tapi bahan tu hilang semasa proses pembakaran.
3. lebih baik beli daripada pengusaha tradisional yg tak guna lngsung mende-mende ni.
4. pilih labu yang hitam berkilat seolah-olah ada kilauan silver. Yang ni tak berapa cantik. Tapi struktur tanah dah berubah jadi batu sebab dah dibakar sempurna. Yang tak dibakar sempurna berdepan risiko bontot labu tertanggal.
5. kalau yang hitam legam... itu hitam cat atau bakar tak sempurna. Memang nampak cantik. Tapi tak tahan lama.
6. jentik dulu. kalau bunyi TANG... TANG... beli le. kalau bunyi TUNG... TUNG... ta payah beli.
SEBELUM MENGGUNA
1. basuh bersih-bersih supaya semua serpihan tanah dan arang kat dalam tu hilang.
2. masukkan air basuhan beras. simpan seminggu (untuk menghilangkan bau tanah)
3. cukup seminggu... bilas dan isi air bersih. 
4. dalam masa beberapa hari... dinding labu akan sntiasa berpeluh. perhatikan sehingga ia berhenti berpeluh.
5. labu sayong anda siap utk digunakan.
penjagaan
1. cuci dan tukar air setiap 3 hari


Friday 21 August 2015

Emas Berbatu Permata


Cincin berbatu permata dibuat khas untuk kecantikan dan mempunyai daya penarik. maksudnya harga bergantung kepada kecantikan design tersebut bukan mengikut berat timbangan atau harga semasa emas 916. klu berminat dgn cincin2 berbatu permata... jemput le ke page ni.  jemput klik www.facebook.com/emasngold

Friday 15 May 2015

Apa Yang Tidak Diceritakan Tentang Pajak Gadai Ar-Rahnu Gaya Bank - Siri 2


Ramai orang tak perasan. Kalau dilihat sepintas lalu... kita akan dapati kadar keuntungan yang diambil adalah berdasarkan berat barang kemas. Tapi... kalau dilihat secara mikro, ianya seolah-olah pinjaman dengan kadar keuntungan sebanyak 14.6% setahun ... wow!!! Ye laa. Dah pinjam RM3680. Pastu bayar RM537 setahun. Bukankah 14.6% tu? Jadi... kalau nak jadikan arrahnu sebagai sumber tunai untuk modal pusingan, pastikan anda tebus dalam masa kurang dari 5 bulan. Kalau lebih.... memang tak ke mana la. Baik guna kad kredit

Apa Yang Tidak Diceritakan Tentang Pajak Gadai Ar-Rahnu Gaya Bank - Siri 1


Hari ni teman nak berkongsi sesuatu tentang arrahnu yang rasanya ada org tak tau lagi. Sering diwarwarkan oleh penjual emas bahawa emas yang digadai takkan ada masalah untuk cover bayaran sekiranya berlaku situasi gagal membayar... sebab emas akan dilelong. Hutang selesai, dapat cash lagi kalau ada lebihan. Tiada masalah. Ye ke? ini pengalaman teman sendiri. Baru tadi terjadi (14/5/2015). Sesaje check rekod ccriss Bank Negara melalui sorang kenalan keje kat bank. rupa-rupanya nama naik kat situ. Aik!!? Sepengetahuan teman.... dah takde hutang. Sangkut kat arrahnu katanya. Eh... mana ada. Kalau ada pun dah lama tu. Memang sengaja teman lelong sebab harga dah melepasi harga beli dulu. Isunya ialah emas yang digadai.... yang diwarwarkan oleh penjual kepada teman sebagai rekaan 'simple' hanya untuk diarrahnukan .... TAK LAKU digadai. Orang tak berkenan dan tak berminat. Jadi bank terpaksa la jual kepada anak syarikatnya sendiri. Masalah timbul bila pihak yang berjanji nak beli BELUM membuat bayaran. Jadi.. teman dianggap masih berhutang. Dah 5 bulan wei... bala betul. Nak beli semula dah tak boleh. Teman juga berdepan dengan tawaran harga murah daripada anak syarikat bank tersebut. Silap haribulan kena topup lagi dengan duit poket teman. Nasihat teman kepada sesape yang ada niat nak bior bank lelong.... rentikan le. Baik tebus dan jual sendiri. Kalau takde duit sangat... hutang le dengan kawan-kawan dulu. Janji dengan deme nak hutang selama 6 jam je. Tebus... jual dan dapat untung. Pastu bayar balik hutang. Kalau sayang sangat dengan emas tuan-tuan.... jual je surat pajak.

Emas ni.... beli dan simpan. Jual bila harga mahal. ambik untung. Asingkan ke akaun aset cair. Harga turun... beli lagi. Atau terus je simpan. Nak pakai duit baru jual. Jangan diarrahnukan.. baik guna kad kredit. 

Tuesday 17 February 2015

Antara Mukjizat, Karomah, Maunah dan Sihir

Mukjizat
Mukjizat adalah perkara luar biasa yang mencarik adat. Hanya berlaku kepada para rasul dan nabi-nabi. Dengan atau tanpa permohonan daripada mereka. Bertujuan menguatkan lagi dakwah mereka agar manusia yang belum beriman akan tertarik untuk beriman. Manakala yang telah beriman akan bertambah mantap imannya. Contoh, dah banyak dah.. google sendiri le

Karomah/Keramat
Karomah pula adalah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada hamba-hambaNya yang soleh. Sebagai tanda di atas kemuliaan hamba tersebut. Tiada amalan khusus untuk menghadirkan karomah ini. Totally kurniaan Allah. Para wali itu hanya beramal sesuai dengan ilmu mereka. yang tidak lari daripada petunjuk Rasulullah. cuma yang agak berbeza dengan kita yang awam ini ialah.. amalan mereka melibatkan zahir dan batin. kalau zahirnya puasa... batinnya juga puasa. Kelebihan yang diberi tu pula kadang-kadang tidak disedari. paling biasa ialah doa yang amat cepat dimakbulkan. Antara contoh-contohnya adalah seperti berikut... saya rahsiakan nama-nama mereka supaya tidak bertembung dengan riwayat yang berbeza. cuma ambil manfaatnya saja

1. Ada sorang ulamak di pantai timur. Kampung dia dilanda banjir besar. Semua orang kampung dah selamat berpindah. Pastu baru sedar... menantu dan cucu-cucunya masih berada di seberang sungai. Semua orang kampung berkampung di tebing sungai sebelah sini.... melihat saja air yang makin naik menghampiri rumah menantu ulamak ni di seberang sungai. Takde sape berani tolong sebab air sangat laju. Jambatan pun dah banyak hanyut. Dalam keadaan genting begini... ulama tadi ternampak masih ada lagi jambatan yang belum dihanyutkan arus. Dah uzur dan senget. Tapi masih boleh dilalui. Dengan tawakkal... ulama ini meniti jambatan itu dengan hati-hati. akhirnya selamat sampai ke seberang sana dan membawa menantu dan cucu-cucunya balik ke seberang sini dengan selamat. Ngam-ngam je sampai seberang sini.... jambatan tu pun hanyut. Syukurlah semuanya selamat. Orang kampung terpegun. Bukan kerana keberanian ulama tu meniti jambatan usang. Tiada siapa pun yang nampak jambatan tu. Dan sememangnya tidak ada jambatan langsung. Mereka hanya melihat ulama itu BERJALAN DI ATAS AIR dengan tenang hingga akhirnya selamat. Walhal... pada ulama tu, dia rasakan hanya meniti di atas jambatan usang.

2. Di sebelah selatan tanahair... ulama ni berhijrah ke sini dari Sumatera. Al-kisah suatu hari ada orang kampung datang jemput dia untuk mendoakan orang sakit. Heran juga dia... apasal orang yang datang jemput dia berpayungkan daun pisang. Walhal hari sedang cerah dan tak le panas sangat. bila dihulur daun pisang dia menolak. Terus pergi rumah orang sakit. Bila sampai je.... terus orang kampung tercengang. Ngape TOK GURU TAK BASAH sedangkan hujan lebat selebatnya kat luar. Mamat yang pegi jemput tu pun dah kuyup satu badan. Tapi aneh. Sorang pun tak berani nak tanya. Tapi di sisi tok guru tu.... dia tau 'kat luar cuaca baik... tak hujan'.

3. Kisah ketiga berlaku di luar negara. Di Bukittinggi, Sumatera Barat. Ulama ni dikenali sebagai Haji Salim (takpe sebut nama sebab luar negara). Suatu hari... orang-orang bercerita yang Hj Salim ini boleh BERADA DI BANYAK TEMPAT DALAM SATU MASA. Hadir kenduri 2 tempat. Mengajar agama 2 tempat. Ada 4 tempat dalam masa yang sama. Pada pandangan orang biasa memang aneh. Tapi... hakikat sebenar yang berlaku kepada Haji Salim ialah... tidak ada apa-apa yang aneh. Oleh kerana beliau seorang yang taat dan sentiasa tunduk kepada perintah Allah.... maka tak heran la kalau Allah muliakan dia dengan menundukkan satu 'makhluk' Allah kepada dia. Makhluk yang dimaksudkan ini ialah 'MASA'. Allah tundukkan masa kepada dia. Pada dia.... mula-mula di pegi kenduri rumah A, pastu rumah B, pastu sambung mengajar di kampung A. Abih ngajor di kampung A, dia terus pegi ngajor di kampung B. Itulah susunan pergerakan Hj Salim. tapi di sisi orang kampung... mereka melihat seolah-olah tok guru ni berada di banyak tempat dalam satu masa.

Maunah
Maunah ialah pertolongan Allah kepada hamba-hambaNya dari kalangan orang biasa atas kehendakNya yang Maha Pengasih, Maha Berkuasa lagi Maha Berkehendak. Ianya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Beberapa contoh yang sempat dikutip... yang tuan-tuan penah dengar.

1. Eksiden teruk. kereta hancur tapi tak cedera pun.
2. Treler terbalik. Bergolek-golek ke arah kita. Dia berenti ngam-ngam tinggal lagi seinci nak sentuh kereta kita.
3. Tertidur hingga terlepas bas express. naya beb... tetiba malam tu masuk berita. Bas yang septutnya kita naik terlibat dalam kemalangan. Terjun gaung. Semua penumpang terkorban.
4. Hidayah yang datang secara drastik kepada orang-orang bukan Islam yang mendorong mereka memeluk Islam. Seperti mimpi atau pengalaman pelik.


Sihir
Sihir ialah perkara-perkara luar biasa yang berlaku dengan bantuan jin atas izin daripada Allah. Ianya adalah kufur sebab melibatkan perkara-perkara syirik. Berkaitan sihir ini saya akan ceritakan lebih detail dalam pos-pos seterusnya insya Allah.

Sunday 25 January 2015

BAHANA SKIM CEPAT KAYA MANIPULASI EMAS

Apa yang dah berlaku... pastinya dah berlaku. Tiada apa yang dapat dilakukan. 


Kepada teman-teman yang belum terkena atau nyaris-nyaris terkena... bersyukurlah. Kalian masih punya akal yang waras. Yang tak mudah tergoda dengan syoknye kaya cepat.


Kepada yang dah terkena...... sabarlah. Jangan dilayan perasaan tu. Bangkitlah kembali. Barangkali kalian akan lebih berjaya selepas ini.

Kepada yang sibuk nak baca yasin, jumpa bomoh dan sebagainya semata-mata nak minta agar pengelola dapat bala.... pikir dulu dosa pahalanya... kalian bukan mangsa. Tapi kalian sebenarnya kalah berperang. Kalah perang? Ya... kalah berperang. So, jangan nak salahkan sapa-sapa. Sebab Allah dah Isytihar Perang Terhadap Pemakan Riba

Surah Al-Baqarah ayat 279 "Maka jika kamu tidak melakukan (perintah tinggalkan riba itu)maka ketahuilah Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu. Kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. 
Bagaimana skim ini terlibat riba? baca sini
Kalau kalian nak tahu sebab apa riba diharamkan? Sebab ianya mengandungi aspek-aspek penindasan. Sama ada disedari atau tidak. Kesannya amat dahsyat lagi mengerikan. Boleh tengok satu-satu di bawah ni.....











Thursday 1 January 2015

Pelaburan Emas Gaya ETA ; Skim Cepat Kaya Atau Perniagaan?

Gambar sekadar hiasan

Artikel ini pernah dipos dalam blog ni. Tapi ada orang tak suka dan mempertikaikan sumber penulis… maka saya dengan rendah diri menarik semula artikel ini daripada disiarkan. Malas nak bertekak. Biar masa yang menjawabnya. Dan sekarang (bulan Disember 2014) masa telah menjawab bagi pihak saya. Skim pelaburan emas delay atau ETA tersungkur seluruhnya. Syabas kepada yang terbuka hati menerima nasihat dan kepada yang merasa teraniaya…. Jadikan ini sebagai iktibar dan pedoman kepada yang lain. Semoga kalian dapat bangkit kembali. Yang sudah tu … sudahlah.

Estimate Time of Arrival adalah istilah yang heboh diperkatakan di dalam dunia maya emas sekarang ini. Ianya diguna pakai untuk jual beli emas secara tangguh. Ada yang 3 hari, 7 hari. Ada juga sampai 30 hari atau lebih. Maksudnya... pembeli akan bayar tunai kepada penganjur dengan harga yang dipersetujui. Memang murah. Pernah cecah emas 916 dijual dengan harga RM109 segram!. Lepas tu tunggu je. Sampai je tarikh yang dijanjikan... pembeli akan dapat emas fizikal mereka. Pastu gadai. dapat modal pusingan. Join ETA lagi. Ulang beberapa kali sampai emas dah banyak. Pastu jual dengan harga semasa.

Macam mana boleh dapat murah? 

Penganjur bukan beli sikit-sikit. Deme pun bergerak secara berjemaah dengan penganjur-penganjur lain. Setiap penganjur ni pula ada berpuluh-puluh trusted dealer. Jadi, deme ni tak main le gram-gram dengan pihak pengilang. Sekali order berpuluh-puluh kilo! Di pihak pengilang dan pengimport pula..... bila pembeli membeli secara banyak-banyak, deme cepat le dapat untung. Barang cepat abih. Dah tu, stok dapat dikosongkan segera. Boleh le deme buat rolling seterusnya. Sebagai balasan dan imbalan.... pihak kilang menawarkan harga yang lebih murah kepada pembeli jenis ni. Katakan emas yang ditawarkan tu 1000 gram emas 999.9. Pastu convert kepada emas 916. Pasti beratnya sudah bertambah. Dah jadi 1084 gram. Kalau harga biasa emas 999 MKS sekitar RM125/g kalau convert ke 916 akan jadi RM114/g. Tu kalau pembeli biasa. Kalau beli banyak-banyak? Kira sendiri la....

Nota: Ini la yang dinyatakan oleh penganjur-penganjur dalam setiap ceramah mereka.

Atau ... penganjur ETA akan jual dengan harga diskaun. Katakanlah anda beli ETA30 dengan harga RM120/g, harga asal di kilang ialah RM128/g. Maknanya penganjur akan top up dengan duit diorang sebanyak RM8/g. Duit tu buat beli emas baru. Pastu gadai untuk dapatkan modal pusingan. Tambah stok lagi. Pastu jual le kat kedai emas sendiri ATAU dilabur semula dalam mana-mana skim di dalam atau di luar negara. Lagi lama anda menunggu... lagi lama diorang dapat manipulasi wang anda. Win win situation. Anda dapat emas murah..... penganjur pula dapat tambah stok emas dan buat keuntungan atas angin.

 Nota: Ini la yang orang tak tau dulu. Sekarang dah tau. "Kalau orang tak tau, macam mana you tau?". La... dah yang empunya badan citer sendiri... ter'tau' jugak la... sila join page group yang berkaitan. Jangan sibuk pulak dalam tu. Perati je. Nanti kena tendang.

Masalah mungkin timbul jika penganjur takde stok penimbal. Jenis guna air liur je atau kaki tumpang gambar orang lain. Atau paling digeruni… ‘program atas program’. Iaitu, sesape yang dah rasa pandai sikit dan cuba anjur ETA sendiri. Dalam masa yang sama… dia sendiri pun bernaung dengan program penganjur asal. Paling parah lagi kalau penganjur sendiri mengharapkan pihak ketiga untuk manipulasi duit atau emas. Akhirnya… akan wujudlah satu struktur seperti piramid terbalik atau puncaknya berada di bawah. Kalaulah apa-apa berlaku kepada penganjur yang berada di puncak paling bawah tadi seperti kena tangkap atau lari, maka keseluruhan program akan TERSONTOT.

ISU

1. Boleh percaya ke?

Ada yang ok... ada juga kaki ngelat. Yang penting jangan main terjah je. Tengok track record penganjur. Penah ada isu tak? Nak selamat... minta kawan-kawan yang berpengalaman rekemenkan. Nak selamat lagi? Beli je emas secara cash. Beri duit dapat emas.

(Nota: Apa yang saya tahu … pada bulan september 2014, berlakulah tsunami emas delay yang menyaksikan ramai penganjur, ejen dan peserta yang tersungkur)

2. Halal ke?

Kalau nak halal… pastikan TIDAK BERLAKU yang ni…

Duit anda dirolling dan dijadikan modal pusingan. Barang memang dah ada sejak awal lagi tapi sesaje tangguh serah sebab nak rolling lagi. Tokey dah untung berganda.

Atau yang ini…  Riba


Salah satu Riba yang melibatkan emas dan lain-lain barang ribawi ialah riba an-nasii ah. Iaitu penangguhan penyerahan salah satu item ribawi sama ada harga atau barang.