Saturday 31 October 2015

SURAT TERBUKA KEPADA YANG KELIRU DENGAN MESIN DENSIMETER AR-RAHNU

kalau tak reti, tanya. jangan main redah je. nanti awak jugak yg nmpak tak cerdik.
Surat jawapan drpd tokey emas kpd customernye yg meroyan. smoga anda dapat pelajari sesuatu.
Wa'alaikusalam Cik Puan XYZ,
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menjadi pelanggan kami dan memberi maklum balas tentang apa yang terjadi pada Cik Puan.
Sukacita kami ingin maklumkan bahawa Bank atau lebih tepat lagi Ar Rahnu bukanlah satu badan pengesah tulen logam yang diberi lesen untuk mengesah tulen sesuatu logam berharga termasuk emas yang Cik Puan bawa. Ar Rahnu merupakan badan yang memberi pinjaman bercagar barang kemas berdasarkan ketulenan barang kemas yang dicagarkan dan diuji menggunakan alat-alat mekanikal seperti mesin timbangan ketumpatan emas yang kebiasaanya digunakan di Ar Rahnu. Mesin timbangan ketumpatan emas hanya sesuai untuk barang kemas jenis padu dan jika Cik Puan bawa emas ber’design’ tidak padu memang akan lari bacaannya kerana mesin tersebut memberi keputusan berdasarkan ketumpatan. Bukan ketulenan.
Sebagai pegawai Ar Rahnu yang bertugas melayan Cik Puan, sepatutnya dia menerangkan bahawa keputusan ketulenan tersebut mungkin ada ralat dan bukan menyatakan Cik Puan ditipu oleh kami. Untuk pengetahuan Cik Puan XYZ, terdapat pelbagai cara lain untuk mengesah tulen sesuatu barang kemas antaranya:
1. Kaedah Laser
2. Kaedah Xray
3. Larutan Asid (kaedah ini yang sering digunakan di kedai-kedai emas)
4. Dan banyak lagi kaedah-kaedah lain yang Cik Puan boleh cari di Google.
Cik Puan XYZ yang dihormati,
Pihak kami akan bertanggungjawab sekiranya pihak Ar Rahnu atau Bank yang menyatakan barang kemas 916 kami adalah berketulenan 835 dapat memberikan pengesahan bertulis kepada kami untuk memudahkan pihak Cik Puan mengambil tindakan terhadap kami andai benar kami menipu Cik Puan dan kami juga mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas pengeluar barang kemas tersebut. Urusan kami dengan Cik Puan adalah telus berdasarkan pemberian resit rasmi di mana jelas kami nyatakan barang kemas yang kami jual adalah berketulenan 916 tertulis pada resit tersebut. Jika pihak Ar Rahnu hanya memberi kenyataan lisan yang tidak boleh dibuktikan di mahkamah bagi kami tindakan tersebut adalah tidak profesional tambahan mereka adalah Bank yang sepatutnya menjaga kredibiliti mereka sebagai satu badan yang dipercayai orang ramai.
Cik Puan XYZ yang dirahmati Allah,
Jangan cepat menghukum andai kesalahan belum lagi sahih. Pihak kami bersikap lapang dada mengalu-alukan Cik Puan datang semula ke kedai andainya Cik Puan rasa tertipu dengan kami bersama kenyataan bertulis daripada pihak Bank untuk kita sama-sama ambil tindakan undang-undang sekiranya benar barang kemas tersebuat adalah berketulenan 835 dan bukan 916. Kita ada undang-undang. Jika Cik Puan masih lagi tidak berpuas hati dengan penerangan kami, Cik Puan boleh rujuk kepada Badan Pengesah Tulen Logam Berlesen seperti berikut:
1. KL ASSAY OFFICE (M) SDN BHD
November 2002 – Present (12 years 10 months)
Lot 3 no 6, jln perusahaan kiri, kws perindustrian ringan setapak,
53200, Kuala Lumpur
Tel: 03-4023 1839
2. Fedmas Assay Office Sdn Bhd
Jalan 2/131a, 58200 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
03-7782 6052
Masalah tak akan selesai jika kita menuduh mana-mana pihak dengan melulu. Mohon maaf andai terlebih kata dari kami.
Pengurus,
Syarikat Emas ABC