Monday, 30 September 2013

Pantang-larang dalam budaya melayu

Ingat masa kita kecik-kecik dulu? Bila kena sergah dengan orang tua, “Jangan duduk atas bantal nanti tumbuh bisul!” kita pun tak jadi duduk atas bantal. Takut tumbuh bisul. Itulah dia sebahagian daripada pantang-larang orang-orang tua yang diwarisi turun temurun. Taatnya kita. Ikut je. Tak Tanya banyak dah. Tapi… lain pula dengan bebudak sekarang. Pandai deme tanya. Kita yang nak jawab pun pening kepala. Sebab, kita pun tak penah Tanya orang tua kita. Berani tanya? Sudahnya kita pun main kelentong juga. Pantang larang orang-orang melayu dapat dibahagikan kepada beberapa jenis:
 i ) Kesihatan – penjagaan badan, kelancaran darah dan ibu-ibu lepas bersalin. 
ii) Adab dan tatasusila – susun atur barang-barang rumah, perkahwinan dan yang berkaitan dengannya. 
iii) Amalan kebatinan dan saka – perdukunan dan kependekaran 
     Tidak dinafikan bahawa semua pantang-larang yang diwarisi oleh orang-orang melayu ada sebab musababnya. Cuma yang ada kena mengena dengan amalan kebatinan dan sumpahan turun temurun yang jarang diberitahu sebab kepada anak cucu. Ianya bertujuan untuk menjaga keturunan agar tidak terjebak dengan sumpahan turun temurun. Saya Cuma nak bercerita jenis ketiga sebab ia melibatkan akidah. Yang pertama dan kedua tuan-tuan dah tau kot? 
    Mungkin tuan-tuan pernah dengar pantang orang tak boleh tengok cermin, tak boleh pegang keranda, tak boleh pijak beting pasir tengah sungai, tak boleh lalu bawah penyidai dan sebagainya. Ada juga pantang larang yang berkaitan keluarga sahaja seperti keluarga dan keturunan si anu tak boleh makan ikan sekian-sekian, tak boleh biar anak pijak belakang, tak boleh makan buah daripada pokok yang bertopang dan banyak lagi. Semuanya ada kaitan dengan ilmu-ilmu kebatinan yang diamalkan. Bila amal ilmu-ilmu kebatinan pastinya ada jampi serapah. Bila ilmu dah masin barulah menjadi. Nak kekalkan ilmu tu mesti jaga pantang. Kalau langgar pantang…. habih la… tak menjadi ilmu tu. Orang kata dah tak masin ilmunya. Sebenarnya, itu semua pesona iblis. Pandai la bagi nama elok-elok kat ilmu-ilmu ni macam perisai besi (kebal), sapu angin (bergerak pantas), halimunan (ghaib), telapak besi (bisa tangan). Semuanya menggunakan bantuan jin. Bila guna bantuan jin, satu je namanya iaitu SIHIR. 
      Pengamal sihir melakukan amalan syirik. Dosa besar. Nak bagi Nampak lembut sikit, pandai laa orang-orang kita bagi nama elok-elok kat jin-jin yang terlibat. Nama-nama macam ni selalu meniti di bibir bomoh-bomoh. Contoh, sheikh serban kuning, tok kuning, tok selebor, rijalul ghaib, akuan, khadam dan banyak lagi. Ilmu sihir yang dipelajari akan menjadi bila ada peranan jin di situ. Jin akan datang membantu bila serapah yang dibaca sudah sampai ke tahap syirik atau murtad macam sihir ilmu kebal. Antara jampinya ialah, “selimut aku selimut Allah..baju aku baju Allah..”. Atau pun si pelaku sihir telah menyempurnakan syarat-syarat yang mengundang dosa besar seperti sembelih kambing hitam dengan niat agar diterima oleh jin (bukan kerana Allah), menyediakan kepala anak sulung yang lahir hari Selasa (membunuh), menoda sejumlah wanita (orang minyak), membongkar kubur (minyak dagu) dan banyak lagi. Lagi besar dosa … lagi ramai jin datang tolong. 
       Pantang larang yang dikenakan adalah perkara-perkara yang tidak disukai oleh jin tadi. Bila kita langgar pantang, jin pendamping akan meninggalkan kita. Ilmu pun tak menjadi. Kalau jin pendamping tu dari jenis bunian, anda masih bernasib baik. Dia blah gitu je sebab merajuk. Kalau jenis ifrit, siap la ngko. Memang dia akan bertindak balas sampai anak cucu. Pantang larang itu sememangnya perangkap yang sengaja dipasang supaya pengamal sihir akan terjebak. Selalunya yang agak mustahil diamalkan seperti tak boleh beli barang kedai cina, tak boleh berkahwin dan banyak lagi. 
     Jadi… bila anda menerima amalan beserta pantang larang, beringatlah. Barangkali ada saka yang mengikut. Tulisan ini bukan bermaksud mengajar anda tentang ilmu sihir. Tetapi ia lebih kepada peringatan agar tidak terjebak. Ia mengancam aqidah. Wallahu a’lam.

Saturday, 28 September 2013

EMAS; anda sebagai pelabur, penyimpan atau peniaga


Semua orang suka emas. Baik lelaki mahu pun perempuan. Kalau tak suka tu.. tau la apa sebabnya. Cuma yang membezakan antara individu ialah tujuan kita membeli, memakai, menyimpan atau menjual emas. Pasal beli emas dan nak jual semula tu ada dua kategori pembeli. Kena kenal pasti dulu anda yang mana satu. Jangan ikut je. Orang beli kita pun beli jug.
1. Pelabur emas fizikal.
2. Penyimpan emas fizikal
3. Peniaga emas

PELABUR EMAS FIZIKAL
Mereka adalah orang yang membeli emas ketika murah kemudian menyimpannya sambil menunggu hingga harganya mahal melepasi harga belian dulu. Selepas itu baru dijual. Tak boleh main redah je.. banyak pertimbangan perlu diambil seperti harga belian, harga jualan semula, perbezaan peratus spread, tempat membeli dan menjual, syarat-syarat lain seperti fizikal emas seperti jenis emas 999.9 atau 916, dasar pembelian semula emas kemek, calar, keadaan pasaran sama ada bull, bear atau consolidate market. Paling penting mesti bebas riba. sebab emas adalah barang ribawi.

Kalau nak buat untung dengan melabur emas mesti beli dalam kuantiti yang banyak. minimum 300 gram baru boleh rasa untung. Lagi berat lagi rendah spread yang dikenakan. Spread ialah julat perbezaan antara harga beli dan jual semula. Sebagai contoh… kat kedai-kedai emas yang ada, mereka mengenakan spread antara 25% hingga 30%. Maknanya kalau anda beli emas berharga RM1000, kalau jual semula kat kedai tu, mereka akan beli dengan harga RM750 atau RM700. Rugi kan? Jadi beli dan jual di tempat yang mengenakan spread paling rendah. Baru-baru ini, sorang kawan beli emas dinar masa murah dengan harga RM500+- satu sebanyak 80 keping berjumlah RM40 000. lepas beberapa bulan, berlaku kenaikan sebanyak 17%. Dia jual. Setelah ditolak spread... dapat la RM42 000. Untung RM2000. Banyak tu. Guna RM2000 je. Baki RM40 000 simpan untuk pusingan seterusnya bila harga jatuh. Kalau beli sekeping dinar je, ada la untung sebanyak RM25. Tak berbaloi tunggu berbulan-bulan.

PENYIMPAN EMAS FIZIKAL
Mereka adalah orang-orang yang mempunyai kesedaran tentang kelebihan menyimpan emas fizikal berbanding wang kertas. Emas adalah penyimpan nilai sebenar, kalis inflasi dan mempunyai nilai yang stabil. selalunya mereka akan peruntukkan 10% daripada jumlah simpanan mereka dalam bentuk aset emas. Tujuannya ialah untuk kegunaan masa depan seperti memulakan perniagaan, membeli rumah, tanah, simpanan masa depan anak-anak (masuk U, kahwin, memulakan kehidupan dsb – takkan la bila kita senak dulu-dulu, kita nak anak kita senak juga). Paling penting ialah melindungi harta daripada dihakis inflasi. Inflasi berlaku bila permintaan melebihi penawaran (teori je). Yang sebetulnya ialah bila wang kertas yang tidak mempunyai nilai intrinsik berlambak dalam pasaran atau ada pihak-pihak yang memanipulasi wang kertas. Bila inflasi berlaku, wang akan hilang nilai. Contoh .. dulu-dulu seposen boleh beli sebungkus air sirap. sekarang lima posen sebungkus. Mana peginya lagi empat posen...? Hilang ditelan inflasi……


PENIAGA EMAS
1. Modal Besar
Modal antara RM500 000 hingga 1 juta ringgit paling koman. Pilih lokasi sesuai. Buka kedai. Upah pekerja. Anda jadi bos. Jual emas ikut harga pasaran. Buat stok masa emas murah. Nak untung… main kat harga upah. Emas mahal letak upah rendah. Emas murah.. letak upah mahal. Anda mampu? Kalau mampu.. buat le. Kita datang bagi sokongan.

2. Modal Kecil
Nak berniaga emas ni tak perlu ilmu banyak-banyak. Asal bersedia menambah ilmu emas dari semasa ke semasa kira ok la tu. Bimbingan akan diberi dalam group fb dari semasa ke semasa.

Pilihan PERTAMA ialah dengan menjadi agen GSR. Syarikat pembekal barang kemas harga borong online yang pertama di Malaysia. Hanya bayar yuran keahlian sebanyak RM1000 anda dah bergelar ejen dan juga usahawan emas GSR. Just promote barang kemas kat wall facebook atau secara offline. Kalau ada pembeli ... ambik bayaran dan buat order kat GSR. Lebih-lebih tu ambik le sebagai untung runcit. company akan uruskan penghantaran jika order kurang daripada RM2000. Walaupun bayar RM1000... tapi kita dapat balik scara tidak langsung seperti vest, bussines card, flyer, kursus dan banyak lagi. untuk maklumat lanjut tentang kelebihan menjadi ahli GSR sila klik sini atau page berkenaan di atas. kat sini pun boleh.

Pilihan KEDUA tanpa modal langsung… yang ni tuan-tuan kena sms saya. Takkan nak bocor kat sini kot.

RIBA; Dosa Besar Yang Hampir Tidak Dipedulikan





Maksud riba secara mudah dan ringkas ialah sebarang tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh dan tambahan dalam pertukaran barangan ribawi.

Ia merangkumi riba hutang (riba al-Duyun)  dan riba melalui pertukaran barangan ribawi (riba al-Buyu’).
 
1. RIBA’ AL-DUYUN
Riba jenis ini terhasil daripada hutang. Ia merupakan lebihan yang terhasil disebabkan tempoh. Ia terbahagi kepada dua iaitu:

a) Riba al-Qardh: Iaitu sebarang manfaat tambahan yang disyaratkan ke atas pemberian jumlah pinjaman pokok. Syarat ini dibuat pada awal kontrak pinjaman. Ia dikenakan oleh pemberi pinjam kepada yang meminjam. 

Sebagai contoh, Ahmad ingin meminjam RM20 000 daripada bank A untuk beli kereta baru. bank A menetapkan syarat bahawa Ahmad wajib membayar semula hutang tersebut sebanyak RM271 sebulan selama 9 tahun. Jumlah keseluruhan yang dibayar ialah sebanyak RM22 430. Ada lebihan sebanyak RM2430. Lebihan RM2430 merupakan riba ad-Duyun jenis al-Qardh.
 
b) Riba al-Jahiliyyah: Merupakan kadar atau sebarang manfaat tambahan lebih dari jumlah pokok, yang dikenakan oleh pemberi pinjam kepada peminjam akibat si peminjam gagal membayar pada tempoh yang telah dipersetujui.  

Sebagai contoh, Kasim bersetuju memberi pinjaman kepada Roslan sebanyak RM500 dan dikehendaki membayar kembali satu bulan dari sekarang. Tetapi sekiranya Roslan gagal membayar hutang Kasim sebelum atau pada 1 bulan yang telah ditetapkan, maka Ahmad dikehendaki membayar pada Mohd sebanyak RM600. Lebihan sebanyak RM100 merupakan riba’ al-Duyun jenis al-Jahiliyyah.
 
B) RIBA’ AL-BUYU’
Riba’ jenis ini pula muncul daripada jual beli barangan ribawi (emas, perak, gandum, barli, tamar dan garam). Ia merupakan ketidaksamaan pada berat atau kuantiti pertukaran 2 barang ribawi atau pertukaran tersebut dibuat secara tangguh. Mengikut mazhab al-Syafie.. ada 3 jenis riba jenis ini.

a) Riba’ an-Nasi ah: Ia merupakan jual beli atau pertukaran 2 barangan riwawi yang sama jenis dan pertukaran tersebut dibuat secara tangguh (tidak disempurnakan dalam 1 masa).

Sebagai contoh, Kak Mazlina membeli emas seberat 6 gram dengan harga RM1,000 secara tangguh (maknanya, ambil emas hari ini, bayarnya bulan depan).

b) Riba al-Fadhl: Merupakan jual beli atau pertukaran antara 2 barangan ribawi yang sama jenis dengan berbeza kadar berat (jika dijual dengan timbang) atau kuantiti (jika dijual secara bilangan kuantiti). 

Sebagai contoh, Menukar 10 gram emas (jenis 916) dengan 12 gram emas (jenis kualiti 750). Pertukaran jenis ini adalah haram kerana sepatutnya kedua-duanya mesti sama timbangan (contoh: 10 gram atau 12 gram). Perbezaan kualiti tidak memberikan kesan kepada hukum. Walaupun ada yang kata peratusan emasnya tidak sama. Tetapi ia tidak memberi kesan kepada hukum sebab kaedah uruf digunakan di sini. Bila disebut emas…. Emaslah tiada apa yang nak dipersoalkan.

c) Riba al Yad
Menukar 2 jenis barang ribawi yang tak sama jenis tetapi sama pada ilahnya (ilah pada matawang atau makanan).

Terdapat 2 syarat yang wajib dipenuhi agar terhindar daripada riba al-Fadhl, riba’ an-Nasi ah dan riba al-Yad iaitu:
i) Mesti sama berat atau kuantitinya (walau berbeza kualiti dan harganya).

ii) Transaksi pertukaran mesti dilakukan dalam satu masa atau satu majlis (maksudnya, pembeli dan penjual tidak boleh beredar sebelum menyerahkan barang pertukaran).

Tuesday, 3 September 2013

Misteri Kelapa Gading



Pernah tengok pokok macam dalam gambar ni? Pernah kan? Memang cantik jika ditanam di halaman rumah. Inilah dia pokok kelapa gading. Tapi tahukah anda bahawa orang tua melarang kita menanam pokok kelapa gading ni di halaman rumah. Kata mereka, jika ada sesiapa yang menanam pokok ni di atas tanah yang dibina rumah, lama kelamaan tanah itu akan jadi kampung tinggal. Maknanya kosong la tanpa penghuni. Kira padang jarak padang tekukur gitu.
            Orang-orang yang mengamalkan rawatan spiritual Islam  ada pandangan sendiri tentang pokok ini. Bagi mereka, pokok ini adalah kesukaan jin. Jin-jin yng lalu berhampiran akan tertarik kepada pokok ini dan mereka akan singgah bermain.
            Jadi, pandangan siapa yang benar? Jawapannya ialah… kedua-duanya benar belaka. Maksudnya memang benar pokok kelapa gading ini menjadi tempat bermain jin-jin. Bila jin mula tinggl berhampirn rumah kita, mereka tidak hanya tinggal dan bermain di situ. Ada aktiviti sampingan yang akan mereka buat. Selalunya dia akan hasut  penghuni rumah supay bergaduh. Sebab itu kalau kita perhatikan… ada anak-anak yang baik tiba-tiba suka bergaduh dengan adik beradik lain. Dulu tak pernah ungkit pasal tanah. Tiba-tiba je nak berkira. Dengan mak ayah pun bergaduh. Laki bini lagi laa. Paling buruk dia akan sebarkan penyakit. Kerana penyakit dan bergaduh ni… lama-lama… sorang, sorang membawa diri. Akhirnya kampung itu akhirnya tidak berpenghuni.
            Ada orang bertanya, “mana tau bende gini?” Ringkas je jawapannya. Sama juga macam jin yang membocorkan rahsia ayat al Kursi kepada Abu Hurairah. Dari mereka juga sumber ini. Dan diperturunkan turun temurun. Memang sudah menjadi kebiasaan merawat pesakit, kalau terkena rasukan, perawat akan cuba berdialog dengan jin yang mengganggu. Jika didapati jin yang mengganggu itu kafir, maka ajaklah dia memeluk Islam. Bila dah Islam, tanyalah apa-apa yang berkaitan dengan alam mereka. Tetapi perlu diingat… bahawa setiap yang berlaku  itu adalah tertakluk kepada qada dan qadar Allah