Friday, 29 August 2014

SIMPAN EMAS? TAK PERNAH DENGAR PUN!


Ye lah… memang pun tak pernah dengar orang simpan emas secara konsisten. Simpan barang kemas yang tak pakai sekali sekala tu ada la dengar. Simpan duit tu biasa la. Jadi apa sebenarnya menyimpan emas ni?

Menyimpan emas sama macam kita menyimpan duit. Cuma duit tu ditukar dulu kepada logam bernilai iaitu emas. Nanti bila nak pakai duit, jual le setakat mana yang diperlukan. Atau pun kalau sayang emas tu …. Boleh gadai.

Menyimpan emas berbeza sikit dengan pelaburan emas. Pelaburan emas ertinya dok mengadap graf rega emas. Turun … beli banyak-banyak. Naik sampai tahap untung… terus jual. Pastu tunggu turun lagi.

Menakala menyimpan emas ialah membeli emas secara konsisten. Ada duit je beli. Tak banyak … sikit tetap ada. Ia menjadi simpanan beku.

Katakanlah tuan-tuan beli emas hari ini (30/8/2014) 10 gram dengan harga RM152/gram. Jumlah RM1520. Dalam beberapa waktu harga emas meningkat jadi RM190  segram (macam bulan Mac 2012). Tuan-tuan jual dengan spread (potong susut nilai kata tokey emas) 10%. Tuan-tuan masih dapat RM1710. Dah untung RM190!!!! Itu kalau 10 gram. Kalau 100 gram?


Spread? Apadia?
Spread adalah kadar atau peratus potongan harga emas yang dikenakan oleh peniaga emas kepada sape-sape yang nak jual emas kat deme. Cara kira spread… (harga emas semasa – harga kedai emas beli) ÷ harga emas semasa x 100 = % potongan. Lagi rendah spread… lagi tinggi dan lagi cepat buat untung.

Contoh spread hasil pemerhatian saya ialah seperti berikut :

1.      Syarikat pembekal emas simpanan dan perhiasan (contoh; GSR)
i.      Barang kemas         : 15%   (ahli)
ii.    Jongkong    : 5%     (ahli)

2.      Kedai emas biasa
i.      Emas lama  : 30%
ii.    Emas baru   : 25%
iii.  Trade in      : 20%

3.      Kedai membeli emas lama
i.      Masa harga emas mahal      : 25%
ii.    Masa harga emas murah     : 28% hingga 30%

4.      Kedai emas Kelantan
i.      Semua jenis emas    : 18%
ii.    Trade in                  : 15%
(Walau pun nampak sikit spreadnya, tetapi ia berdasarkan harga di kedai tersebut yang dah sedia murah)

5.      Syarikat pemberi pinjaman (Along)    : 40% !!!!!



Harga

Pilihlah harga yang paling murah. Lebih elok harga rendah tapi kompetitif. Sebab ada yang harga rendah… tapi tak naik-naik. Ikut kepala tokey je.

Harga semasa emas 916 (30/8/2014) bagi setiap 1 gram

1.      GSR                                        : RM141
2.      Kedai emas                             : RM152
3.      Kedai emas Kelantan              : RM147
4.      Facebook/kedai online            : RM138
5.      ETA (Estimate Time Arrive)   : RM119

Yang no. 4 dan 5 tu… kalau berani beli le. Risiko tanggung sendiri. Saya pernah beli. Setakat hari ni… okey lagi. Takde masalah.

Kalau tuan-tuan dan puan-puan nak mula menyimpan emas…. Izinkan saya membantu. Nak emas murah?

Hubungi atau sms atau wassap ke 017-4661562       
Nak tengok katalog? sila klik di sini http://gsr2u.com.my/cikdin

Saturday, 23 August 2014

The Power Of Giving; The More You Give... The More You Get






Kisah ni sebenarnya dah lama berlalu. Tersimpan kemas dalam lipatan memoriku. Rasanya dah tiba masa untuk diceritakan. bukan untuk riak... jauh sekali menunjuk-nunjuk. Hanya sebagai perkongsian untuk hati-hati yang ikhlas di luar sana. Semoga kita akan terus berlumba-lumba melakukan kebaikan sementara hayat masih dikandung badan. Ketahuilah... di antara sifat pemurah dan kedekut itu ada satu benteng yang cukup tebal yang dijana oleh syaitan dan nafsu. Sifat sayang harta, memilih penerima, takut miskin dan banyak lagi adalah pesona iblis dan syaitan. Hanya orang-orang yang berjaya melepasi benteng itu sahaja yang boleh merasa manisnya sedekah atau infaq.
 
Kisah 1
         Sekitar tahun 2006... aku tinggal di gombak bersama rakan-rakan sekuliah. Cuti belajar separuh gaji. Memang separuh pun. Tinggal RM700 je. Satu hari, aku ke KL. Masa balik naik bas Metro. tak ramai orang dalamnya. tetiba bas berhenti. Naik sorang budak. rasanya belasan tahun. duduk kat seat depan aku.Konduktor bas menghampirinya. Selamba je dia pusing belakang mintak duit kat aku. "Bang, mintak singgit... nak buat tambang. Saya takde duit". Aik? Aku tak cakap banyak. terus hulur singgit kat budak tu. Lepas dia bayar tambang, aku panggil dia duduk sebelah aku. dia akur (rupa-rupanya manusia ni kalau diberi duit akan dengar cakap orang yang beri duit). Tanya sikit sebanyak. Dia cakap dia ponteng sekolah sebab nak tolong mak berniaga. Aku pun ceramahlah kat dia.

       Sampai je di rumah sewa di Gombak, aku nampak ada sampul duit raya atas meja. selak-selak ada rm20 dalam tu. Member cakap persatuan (BEDSA) yang bagi. Hadiah dapat baby. Baby? baby aku masa tu dah setahun dah.

Kisah 2
         Jiran saya orang susah. Drebar lori tokey punye. Termasuk dalam kategori asnaf. Isteri lama dah tak kerje. Tak lama dulu isteri dia dapat duit kwsp.Tak le banyak.. keje kilang. Tapi rm13 000 dia beli tanah. Selebihnya dia WAQAF untuk beli sistem speaker mesjid. Complete set. Dia sendiri pasang. 
Nak jd citer... pastu dia mohon rumah zakat. Lulus dalam masa 2 bulan je. Dapat le rumah FREE. Puluh ribu jugak. Nampak macam pejabat zakat bagi. Hakikatnya.... tu semua HADIAH daripada Allah. Allahu akbar.


Kisah 3
         Dalam tahun 2007. Aku menjalani latihan amali selama 3 bulan di Taiping. Masih lagi gaji separuh. Suatu hari di bulan Ramadhan. Beberapa hari sebelum tamat amali. Ada orang buat jualan amal depan masjid. Jual beras untuk disedekahkan kepada ibu-ibu tunggal. Aku tak bawa duit. Lalu aku cakap kat abang tu, "Saya tak bawa duit. Boleh tunggu tak?". Dia kata boleh. Aku pun balik dan ambik sikit duit yang berbaki di rumah. Terus kembali ke masjid. Beli 2 kampit beras yang berharga RM25 dan disedekah kembali kepada ibu-ibu tunggal.
         Esoknya, waktu tengahari sebelum balik, bos panggil. Dipendekkan cerita dia hulur envelope kat aku. Kata dia, "Pihak Lembaga Pengelola telah bersetuju sebulat suara untuk memberi sedikit imbuhan kepada enta sebagai tanda terima kasih atas susah payah berulang alik ke sini dari rumah."
         Sampai rumah terus bukak envelope. Ada RM400!!!.... Alhamdulillah.

Kisah 4
         Kerana kebodohan dan ketidakprihatinan j/kuasa surau di ******g. Aku dapat dosa free hari tu. Mana taknya... sedang solat zohor di hari yang panas terik.. tetiba jaga surau datang tutup suis kipas betul-betul depan aku. Semua kipas dan kunci pintu. Aduss... lepas solat memang kena kaw-kaw punya orang tu.."awak tak nak panjang-panjangkan pahala orang-orang yang berwaqaf di sini ke?!" dan lain-lain.... terus dia nangis meraung-raung. Rupanya orang tak sempurna akal. Mengapa jawatankuasa surau yang sempurna akal tak nak pikul tanggungjawab dan amanah ni? Sekurang-kurangnyanya bagi kat orang pencen.. mengapa dipergunakan orang-orang mcm ni? Kesian dia... bukan tempat dia. Hormatilah dia. Aku mintak maaf dan bagi RM10 sebagai sumbangan untuknya... lama lepas tu... masih terdengar lagi sedu sedannya. Wahai Allah... ampuni daku.. kalian semua.. nilai dulu sebelum bertindak.
         Aku bagi RM10. Pastu balik semula ke tempat kenduri. Belum sempat masuk bawah khemah.... nombor cabutan bertuah aku naik. Dapat hamper. ... lebih RM20 tu...
          The Power Of Giving