Banyak betul
cerita hantu semasa hari raya.. hampir 40 tajuk!!. jadi ramai la bebudak yang jadi
penakut tak tentu pasal. Belum kira lagi yang percaya apa yang dipaparkan..
nanti jatuh syirik. macam mana boleh syirik? Sebeb ada elemen khurafat. Khurafat
tu apa? Khurafat ialah perkara yang bertentangan dengan nas-nas agama. Contoh,
Islam kata orang perempuan mati bersalin dikira syahid. Kepercayaan lama kata
orang perempuan mati bersalin akan jadi pontianak (pontianak= POmpuaN maTI beraNAK).
Nak percaya yang mana satu? Jika anda percaya yang khurafat, anda seolah-olah mengatakan Allah dan Rasul telah berdusta. Sebab
itu khurafat membawa kepada SYIRIK.
Allah
mencipta dua jenis makhluk untuk diberi tanggungjawab beribadat dan memikul hukum
hakam seterusnya menerima janji balasan syurga dan neraka. Makhluk-makhluk itu
ialah manusia dan jin. Jika ada yg mengatakan ada makhluk ketiga, mereka dusta.
Contoh "alien". kalau anda percaya kepada kewujudan alien, anda juga
telah mengizinkan diri anda untuk diperbodohkan oleh pihak-pihak yang menciptanya. Sekiranya ada yang mendakwa
pernah melihatnya, itu hanyalah pesona jin.
JIN
ialah makhluk Allah yang dicipta daripada api. Itu je. Penciptaannya tidak
sebaik manusia. Jadi, berbanggalah jadi manusia. Jangan pula jadi jin. Di
kalangan jin... ada sekor yang paling derhaka. Namanya IBLIS (sumber yg
mengatakn nama asalnya adalah Azazil tidak boleh dipertanggungjwbkan).
IBLIS
pula ialah musuh nyata manusia. sama ada Islam atau kafir. Amat dengki kepada manusia. Sejak dulu sampai sekarang 24
jam sehari berusaha menyesatkan org Islam dan menjauhkan orang kafir dari
hidayah (kecuali Ramadhan-kena rantai) kecuali orang-orang yang dipelihara oleh
Allah.
SYAITAN
merupakan tentera iblis yang paling degil dan sombong. Tiada yang Islam. Mereka
bijak. Sebab tu mereka hanya guna hasutan yang amat halus. sape pun tak sedor. Contoh,
syaitan akan hasut anda main bola sampai terlepas solat maghrib. Yang suka
gaduh dan cari pasal pun termasuk la dlm kategori dihasut syaitan.
Member
rapat syaitan ialah IFRIT; jin yang menjadi sebahagian daripada tentera Iblis.
tugasnya menyesatkan manusia. Sama macam syaitan. Tetapi golongan ini tidak
secerdik syaitan. Oleh itu cara hasutannya agak kasar. Seperti menjelma dalam
yang rupa menakutkan supaya orang takut pergi surau. merasuk dan sebagainya. Walau
pun begitu, mereka tidak boleh melakukannya sewenang-wenangnya sebagaimana yang
digambarkan dalam cerita seram.
No comments:
Post a Comment