Monday, 25 November 2013

Misteri Minyak Burung But But

Assalamu alaikum wbt...
Pekabo semua? sihat ke? kalau sakit... pegi la berubat. bercakap pasal berubat ni teringat pula pada sejenis minyak urut tradisi melayu yang cukup popular di kalangan bomoh patah dan pesakitnya. iaitu MINYAK BURUNG BUT BUT.
        
Kredit kepada Cikgu Mohammad Nor (Atok)

         Dikatakan amat mujarab sebagai ikhtiar zahir (hakikatnya Allah yang menyembuhkan) untuk menyembuhkan kecederaan patah. Memang sejak dijadikan burung but but ni, Allah dah programkan pengetahuan dalam bentuk ilham kepada burung ni tentang ramuan ubat patah untuk kegunaan sendiri. sama juga tentang ilham membuat sarang kepada burung tempua dan lebah. Begitu juga tempat bertelur kepada penyu, ikan linang dan salmon. Nampak kompleks bukan? Tetapi di sisi Allah amat mudah. boleh semak ayat kursi dan ayat kedua terakhir surah al Kahfi.
        
         Ada dua jenis minyak patah yang dihasilkan oleh pengamal perubatan tradisional.
1) Tidak mengikut petua - kurang mujarab... tapi lebih beretika
2) Mengikut petua - mujarab tapi kurang etika

 Jenis yang pertama

Burung butbut ditangkap. kemudian disembelih. kemudian dimasak atau dilayur untuk mendapatkan minyak. minyak tu pula dicampuar dengan lain-lain ramuan herba tradisional. akhirnya terhasillah minyak burung butbut yang banyak dijual di pasaran sekarang. Boleh la kalau nak beli.

Jenis kedua

1. Cari sarang burung butbut.. cari yang ada anak kecil.
2. Patahkan kaki anak-anaknya.
3. Bila si ibu tahu anaknya cedera patah kaki... maka dia pun terbang mencari ramuan ubat-ubat patah untuk anaknya.
4. Si ibu akan merawat anak-anaknya hingga sembuh (memang telah terbukti hasil pemerhatian orang-orang tua termasuk bapa penulis)
5. Ubat ada dalam sarang. Tapi tak tau kat mana. Sama ada pada anak atau ibu atau mana-mana tempat dalam sarang. Jadi... pembuat minyak akan serkup semua sekali. disembelih anak-anak dan ibu kemudian dimasak dengan sarang-sarangnya sekali dalam satu kuali
Itulah dia minyak burung butbut dengan cara penyediaan yang sebenar. kena booking dengan bomoh patah. takde jual di kedai.

p/s : Artikel ini hanyalah sebagai perkongsian  maklumat sahaja. saya percaya.. tuan-tuan takkan tergamak buat seperti mana yang dinyatakan. kesian kt menatang woiii

10 comments:

  1. menarik info minyak but-but ni...ada simpan ibu/pati minyaknya lagi tak...kalau ada bak sebotoi

    ReplyDelete
  2. ia diciptakan untuk kegunaan manusia, mcm ikan kita mkn untk kenyang, kan? hehe maaf kalu mcm kejam..

    ReplyDelete
  3. Sekadar nk tau dari segi hukum(pada yg atifbab ni)
    klu haram tlg huraikan
    klu halal tlg huraikan
    ada pendapat yg berbeza tentang halal haram

    Sekahar ingin tau sebagai rujukan

    # minyak ni memang bagus

    ReplyDelete
  4. Paling Ampuh bila But but itu mati di pangkuan alam, Dan rahsia tetap rahsia, jadi jgn bgtahu org itu minyak but but.. Ckp itu RoN99����

    ReplyDelete
  5. Semua ni adalah fake. Kesian aniaya burung. Tetal bubut dalam ni satu pun x ada gambar yang betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ank saya patah tulang rusuk & tangan. Alhamdullillah xsmpai 2 minggu tulang rusuk dh bercantum & tangan yg patah dh pulih. Hanya sapu minyak butbut & yakin dgn kuasa Allah..

      Delete
    2. puan beli di mana ye. saya nak gunakan utk ayah saya

      Delete
  6. ada juga yang panggil sangkal potong..

    ReplyDelete