Assalamualaikum
wbt….
Lama tak
menulis. Udah bersawang blog teman. Cuma kali ini teman rasa terpanggil untuk
berkongsi pengalaman dan pandangan dengan mengkomer kat luar sana. Semuanya
kerana dah terlalu banyak skim-skim buat duit mudah melalui internet. Labur
seribu dua… goyang-goyang kaki…. Duit masyuk. Semudah ABC.
Ada banyak kaedah. Antaranya skim ponzi yang mengumpul deposit awam
kemudian diagihkan kepada pelabur-pelabur lain sebagai keuntungan. Jangka
hayatnya agak panjang. Selagi ada pelabur lama atau baru yang sudi menyumbang
maka adalah hayatnya. Masalah mula timbul bila dah ramai orang masuk. Aliran
tunai dah tak mampu menampung bayaran dividen kepada pelabur. Dalam masa yang
sama…. target penganjur dah tercapai. Apa lagi…. pindahkan semua aset ke akaun
baru dan hilangkan diri.
Keduanya ialah
skim MLM piramid pairing. Join, pastu cari orang. Goyang kaki tunggu duit
beranak sendiri. Teman pasti…. Tuan-tuan penah tengok gambar macam ni. Gambar
duit berkepuk-kepuk. Boleh buat tilam lagi gitu. Konon nak tunjuk duit banyak
le tu. Tapi…. Tak penah pulak teman nampak jutawan-jutawan terkenal macam Syed
Bukhary… Donald Trump dan banyak lagi yang pos gambar duit banyak-banyak. Pastu pulak…. bertubi-tubi. Sampei tak tau, sape yang nak sape? Kami nak kat komer
ke atau komer yang terdesak sangat nak cari downline. Macam desperate sangat
nak orang join skim tu. Skim macam ni yang teman nak citer kali ini.
MLM atau
multilevel marketing adalah salah satu cara perniagaan popular sekarang. Ia
dibangunkan dengan satu sistem yang membolehkan ahli-ahlinya menikmati pelbagai
cara menjana keuntungan. Selagi perniagaannya berasaskan menjual barang yang
munasabah dan tiada unsur-unsur penipuan dan paksaan, maka ianya adalah halal
menurut perimeter syariah berkenaan sistem jualan MLM. Malangnya ada yang
menganjurkan skim ini sama seperti skim cepat kaya yang memfokuskan kepada
penajaan. Barang jualan sekadar hiasan sahaja. Nak kaya cepat kena rekrut ahli
seramai mungkin. Lagi besar ranting piramid di bawah… lagi banyak untung.
Pastu, ada pulak pairing-pairing dengan macam-macam bonus. Cepat le kaya kata
deme. Kalau betul kaya, ngape desperate sangat ajak orang join. Takde barang
yang dijual. Tapi janji bonus macam-macam. Mana deme cekau duit? Duit tuan-tuan
juge…
Sumber kewangan
i. Duit yuran
Dulu-dulu
yurannya ribu-ribu. Masuk pun ribu-ribu. Nampak serupe benor dengan skim cepat
kaya. Tapi sekarang ada yang cuma RM100 je. Malah ada yang serendah RM6.
Falsafah mereka ialah “bior sikit asalkan ada orang join”
ii. Keuntungan
daripada harga barang yang melampau mahalnya.
Yang ni semua
orang tau. Macam ada satu produk berasaskan zat tumbuh-tumbuhan. Yang jual di
kedai RM24 je sekotak. Tapi deme punya RM400 sekotak. Fuh… 2400% untung.
Terbaru ada yang jual larutan garam bukit. RM100 dapat 4 botol. Sedangkan harga
borong garam bukit daripada sumber dan negara yang sama mereka ambil ialah RM15
sekilo atau RM1.50 setiap 100 gram !!! Katakanlah setiap botol mengandungi 50
gram je kandungan garamnya. Jadi 50 gram x 0.75 sen x 4 botol = RM3.00 … untung
3300%!!!! Wow.
Emas pun
terlibat juga.. nak join kena bayar RM400 lebih kurang. Dapat le emas sikit.
Tak sampai 2 gram pun. Pastu kena la cari downline. Ada yang berjanji… “takpe..
masuk dulu. Karang kalau dapat orang baru kami akan letak bawah tuan-tuan”
Chitt… temberang ayor lior.
Ada pula pandai
berhujah kata harus ambil untung lebih sebab Rasulullah SAW tak pernah
melarangnya. Lagipun ada akad yang membuktikan redha meredha. Hello…. At the
very beginning kamu dah ada niat nak manipulate duit tu untuk diberi kepada
upliner. Kalau kamu citer habis kata sebahagian besar duit tu akan
di’sedekahkan’ dan harga tu jauh meninggalkan harga sebenar dalam pasaran atau
barang yang sedia ada dalam pasaran, agak-agak le… ada lagi ke redhanye dalam akad?
Inilah yang dikatakan “ghabnun faahisy”. Hukumnya haram.
Bagaimana
wang diagih kepada peserta?
1. Pungut wang.
2. Wang dibahagi
kepada 4 bahagian.
Bahagian 1 : 30%
untuk penganjur/tokey.
Bahagian 2 : 30%
masuk dalam akaun khas bagi menampung bayaran bonus pairing dan lain-lain
bonus.
Bahagian 3 : 20%
agihan kepada upliner, stokis dan sebagainya.
Bahagian 4 : 20%
belanja pengurusan.
Bayangkan berapa
banyak yang akan masuk kocek penganjur. Tapi takpe… semua merasa. Ye ke? Baca
lagi.
Adakah
ianya boleh kekal bertahan?
Rekod skim-skim
yang terdahulu menunjukkan yang ianya terbahagi kepada 4 fasa utama.
Fasa pertama - Pengenalan.
Penganjur akan
memperkenalkan skim ini dengan pelbagai cara. Dalam masa yang sama mereka akan
mem ‘bela’ beberapa orang terpilih untuk dijadikan orang kaya segera. Selalunya
orang-orang yang tak berapa nak kaya atau keje biasa-biasa je. Mereka inilah
yang akan digunakan sebagai umpan di kemudian hari.
Fasa kedua -
klimaks.
Masa ini aliran
tunai masuk bertalu-talu. Semua orang nak kaya cepat. Ramai orang masuk. Ramai
orang dapat duit. Tapi sampai bila?
Fasa ketiga - Masa
sejuk atau waktu menurun impaknya atau anti klimaks.
Masa ini tetap
akan tiba. Lambat atau cepat je. Selalunya kehadiran fasa ini dapat dirasai
dengan berbagai tanda antaranya ialah:
1. Wang lambat
masuk. Kalau masuk pun jarang menepati seperti yang dijanjikan. Macam biskut.
Kejap ada kejap takde.
2. Status FB penaja
atau akaun admin group whatsApp senyap je takde respon. Kalau tanya banyak
dalih dia. Kalau tanya banyak-banyak marah pulak.
Fasa Keempat - Fasa
gigit jari
Segalanya sudah
berakhir. Apa yang berlaku ketika ini? Ini dia…
1. Penganjur lesap.
2. Wang-wang telah diselamatkan ke akaun-akaun
persendirian.
3. Peserta-peserta bawahan hilang wang sekelip mata. Alaaa
apa kisah? Setakat RM400 je. RM400 pun duit jugak bro. Kayakan orang jugak. Memang
short belanja susu anak sebulan.
4. Upliner yang dah kenyang tu… walaupun duit anda banyak
tapi anda hilang maruah, hilang kepercayaan, hilang harga diri, kawan-kawan
kalau tak hilang pun… marah tetap ada. Kalau ada 10 orang asyik tanya bila nak
dapat bonus? Mana anda nak letak muka?
Bagaimana ianya
berakhir?
Semua skim macam
ni akan naik hingga klimaks. Bila dah sampai puncak, ia akan turun sendiri. Segalanya
adalah faktor masa.
1. Dalam setiap
komuniti, pasti ada golongan yang suka dengan skim ini dan ada yang tak suka. Ibarat
sebuah dewan besar yang dapat memuatkan 1000 orang. Daripada 1000 orang ni 200
tak suka skim ni. Cuma 800 je suka. Yang 800 semua masuk secara beransur-ansur.
Lambat-laun orang-orang terakhir daripada kalangan 800 orang kaki skim ini akan
bertembung juga dengan geng-geng 200 orang yang tak suka ni. Boleh tuan-tuan
bayangkan apa yang akan berlaku? Habih gitu je kan?
2. Dalam setiap
penajaan atau ranting piramid yang dibentuk di bawah mana-mana kepala, pasti akan
ada ahli yang tak aktif. Ini memakan masa sikit. Tapi tetap akan ada. Contoh,
pada tingkat ketiga dalam skim piramid ada sorang tak aktif. Dah mati dan tak
bergerak dah satu ranting. Tingkat keempat tetiba je ada 2 orang tak aktif. Lama-lama
bilangan yang tak aktif ni bertambah ramai. Akhirnya…….
Semua orang nak
hidup senang. Tidak ada jalan singkat. Carilah ilmu. Berdampinglah dengan
orang-orang yang lebih berpengalaman. Sekian.
Halo,
ReplyDeleteNama saya ROBBI dari Cirebon Jawa Barat Indonesia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu Alicia Radu untuk membantu saya mendapat pinjaman yang baik setelah saya banyak mengalami lender online yang menipu saya untuk mendapatkan uang tanpa memberikan pinjaman, saya telah memerlukan pinjaman selama 3 tahun terakhir untuk memulakan perniagaan saya sendiri di kota Cirebon di mana saya tinggal dan saya jatuh ke tangan sebuah syarikat palsu di Turki yang telah menipu saya dan tidak menawarkan saya pinjaman. dan saya sangat Frustrasted kerana saya kehilangan semua wang saya ke sebuah syarikat palsu di Turki, kerana saya berhutang kepada bank saya dan kawan-kawan saya dan saya tidak ada sesiapa pun untuk berlari, sehinggalah satu hari setia bahawa kawan saya memanggil Siti Aminah setelah membaca kesaksiannya tentang bagaimana dia mendapat pinjaman dari Ibu Alicia Radu, jadi saya terpaksa menghubungi Siti Aminah dan dia memberitahu saya dan meyakinkan saya untuk menghubungi Ibu Alicia Radu bahawa dia adalah seorang ibu yang baik dan saya terpaksa menunaikan keberanian dan saya menghubungi Ibu Alicia. Radu dan saya terkejut dengan pinjaman saya yang diproses dan diluluskan dan dalam masa 3 jam pinjaman saya dipindahkan ke akaun saya dan saya sangat terkejut bahawa ini adalah satu keajaiban dan saya mesti memberi keterangan mengenai kerja baik Ibu Alicia Radu
jadi saya nasihat semua orang yang memerlukan pinjaman untuk menghubungi e-mel Ibu Alicia Radu: (aliciaradu260@gmail.com) dan saya memberi jaminan bahawa anda akan memberi keterangan seperti yang telah saya lakukan dan anda juga boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai Ibu Alicia Radu email saya : (robbi5868@gmail.com) dan anda masih boleh menghubungi Siti Aminah yang memperkenalkan saya kepada ibu Alicia Radu melalui e-mel: (sitiaminah6749@gmail.com)
semoga Allah terus memberkati dan menyayangi ibu Alicia Radu untuk mengubah kehidupan kewangan saya