Terdapat ramai
orang yang kurang cermat ketika menyampaikan hadis-hadis Rasulullah. Mereka tidak
mengikut disiplin yang sepatutnya. Hadith menyimpan emas merupakan salah
satunya. Cukup popular di blog-blog peniaga emas. Tak penah nampak pulak kat
kedai-kedai emas biasa. Cerita ini bersandarkan hadis berikut:
Abu Bakar Ibn
Abi Maryam melaporkan, “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai
dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham."
(Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)
Ulama hadis
menyebut apabila ada hadis dilaporkan oleh Abu Bakar Ibn Abi Maryam (perawi) maka
status hadis tersebut adalah lemah (dhaif) kerana perawi tersebut tidak kuat ingatannya.
Dalam disiplin ilmu hadis, seorang perawi hadis wajib mempunyai ingatan yang kuat
bagi membolehkan hadis tersebut mencapai autoriti sahih dan hasan. Hadis dhaif tidak
boleh dijadikan hujah untuk mengeluarkan hukum. Justeru, hadis ini tidak boleh
digunakan melainkan ada autoriti Quran dan Hadis sahih / hasan yang menyebut
tentang perkara yang sama.
Wujud pihak yang
menggunakan hadis ini untuk melariskan jualan emas dan perak dengan memberitahu
Rasulullah saw menyuruh kita menyimpan dinar dan dirham. Sedangkan ada ayat
Quran dan hadis lain yang lebih kuat autoritinya yang menyebut sebaliknya. Antaranya:
“Dan (ingatlah)
orang -orang yang menyimpan emas dan perak (duit) serta tidak membelanjakannya
pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa
yang tidak terperi sakitnya.” (at-Taubah: 34)
“Sesungguhnya
ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan
dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan
ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.”
(Hadis status
Hasan direkodkan oleh Imam Ahmad, Imam Tarmizi, Imam Abu Daud & Imam Ibnu
Majah).
Maka nak simpan
emas pun boleh. Harus hukumnya. Tak nak simpan pun tak mengapa. Takde sape nak marah. Tapi elok le menyimpan emas berbanding kertas yang takde nilai. Isu di sini ialah KEWAJARAN menggunakan hadis ini sewenang-wenangnya tanpa menyatakan STATUSNYA. Nak sebut.... sebutlah. Tapi nyatakan status hadis tadi yang dhaif. Sekurang-kurangnya pendengar atau pembaca tahu bahawa hadis ini tidak boleh dijadikan hujah. Seperkara lagi.... walaupun hadis dhaif (selagi BUKAN hadis tersangat dhaif atau hadis MAUDHU' - palsu), ianya tetap hadis. Cuma sanad dan rawinya tidak mencapai taraf hasan atau sahih
Apabila di lihat keadaan matawang dunia dan ekonominya maka emas adalah simpanan terbaik utk menjamin kemaslahatan umat. Ia suci dari unsur riba. Cuma jgn lupa bayar zakat bila cukup haul. Wallahualam
ReplyDeletetidak menjadi kesalahan menyimpan emas dan perak asalkan membayar zakat.. beri sebahagian kepada yang berhak.
ReplyDeleteBilalah tak ada harta asal jangan tak ada ilmu.Nabi saw dah bagi hit ilmu yang dibawa ke akhirat bukan harta.Jika hadist tersebut sahih,maka ramailah berlumba-lumba mengumpul emas,tapi hakikatnya ia daif,dan hadist ini jika sahih statusnya,akan bertembung pula dengan satu lagi hadist sahih yang mana harga kepala sapi lebih bernilai berbanding 100 dinar,bila itu berlaku,maka ramailah yang akan mempertikaikan mengapa nabi saw bersabda demikian iaitu simpanlah dinar tapi kepala sapi lebih bernilai pula,bila dua kali check balik,rupanya hadist itu daif,dan memang tidak boleh dijadikan hujah.
ReplyDeletebagi mereka yang ambil berat,mereka akan selidik dengan lebih cermat,jika mereka ambil sikap acuh tak acuh,maka diri mereka sendirilah yang menangungnya bukan nabi saw.Dan dari mana mereka mendengarnya,dari mana mereka dapatkanya,merekalah yang tanggung dan nabi saw tidak akan menangung perbuatan melulu mereka.wallahualam.
hadis tu merujuk nilai sapi kepada kaum musuh Nabi Isa dan para sahabat.
DeleteSaya memahami hadits di atas bukan untuk perorangan atau indipidu manusia tpi lebih kpada sebuah system ekinomi yg di kelola oleh pemerintahan islam atau kekhilafahan
ReplyDeleteSelagi umat menggunakan wang fiat kertas riba tidak menggunakan sandaran emas maka selagi itu umat islam ditindas, diperangi dan dihimpit kemiskinan oleh kapalist dajal yg sewenang wenang meletak mata wang negara islam nilai sesuka hati mereka. Beli tenaga buruh, bahan mentah dgn harga murah tak menusabah.Tgk ajr penipuan mereka memaksa penggunaan dollar utk membeli minyak sdg kan amerika shj boleh mencetak wang dollar sesuka hati mereka dan sewenang nya menaikkan defisit x masuk akal hingga lebih 20 trillion sdg kan america x punye emas sebyk itu. Sbb itu wujud BRiCs kembali pd sandaran emas. Tgk ajr nilai ringgit menjunam terus menerus bila harga minyak jatuh. Venuavela jd negara miskin sbb wang kertas tidak berguna sbb wang kertas bukan komoditi... Bukan harga barang naik tp nilai wang kertas yg jatuh aka kuasa membeli mengurang berbanding kita jika ada emas..
ReplyDeleteSelagi umat menggunakan wang fiat kertas riba tidak menggunakan sandaran emas maka selagi itu umat islam ditindas, diperangi dan dihimpit kemiskinan oleh kapalist dajal yg sewenang wenang meletak mata wang negara islam nilai sesuka hati mereka. Beli tenaga buruh, bahan mentah dgn harga murah tak menusabah.Tgk ajr penipuan mereka memaksa penggunaan dollar utk membeli minyak sdg kan amerika shj boleh mencetak wang dollar sesuka hati mereka dan sewenang nya menaikkan defisit x masuk akal hingga lebih 20 trillion sdg kan america x punye emas sebyk itu. Sbb itu wujud BRiCs kembali pd sandaran emas. Tgk ajr nilai ringgit menjunam terus menerus bila harga minyak jatuh. Venuavela jd negara miskin sbb wang kertas tidak berguna sbb wang kertas bukan komoditi... Bukan harga barang naik tp nilai wang kertas yg jatuh aka kuasa membeli mengurang berbanding kita jika ada emas..
ReplyDeletehttp://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/5-tips-mudah-bangun-pagi-lebih-awal.html
ReplyDeletehttp://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/8-alasan-lebih-baik-punya-di-apartemen.html
http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/tak-suka-minum-air-nyawa-wanita-cantik.html
QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS
-KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
1 user ID sudah bisa bermain 7 Permainan.
• BandarQ
• AduQ
• Capsa
• Domino99
• Poker
• Bandarpoker.
• Sakong
Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
customer service kami yang profesional dan ramah.
NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
• WA: +62 813 8217 0873
• BB : D60E4A61
• BB : 2B3D83BE
Come & Join Us!
Soalan nye...
ReplyDeleteAdakah hadis yg tersebut di atas, digunakan oleh peniaga-peniaga emas atas tujuan berhujjah atau beramal?
Tak salah beramal dgn hadis doif
ReplyDeleteTapi tak boleh jadi pegangan keyakinan
DeleteBukan berkaitan dengan akidah. Takde isu. Hadis dhaif tetap dari lisan nabi. Kene rujuk juga dhaif hadis ini pada Sanad atau matan. Jangan pukul rata semua hadis dhaif tu hadis mauduk sampaikan tak boleh beramal dengan nya. Lagipun penggunaan hadis ni untuk bagi galakkan/motivasi untuk masyarakat menyimpan emas, so sangat wajar penggunaan nya.
ReplyDelete.
Isu guna hadis untuk galakkan jualan emas. Baguslah gunakan hadis untuk jualan emas ? Habis tu nak guna apa? Berita TV3? Paper kosmo?
Jika betul "Tapi elok le menyimpan emas berbanding kertas yang takde nilai" saya boleh beri nombor akaun saya.
ReplyDelete