Hari ni nak cerita lain sikit dari emas.
Saja bersantai-santai. Di samping berkongsi pandangan. Iaitu suatu kejadian
atau keadaan yang membimbangkan para suami. Khususnya ibu-ibu yang sedang
mengandung. Ia adalah apa yang diistilahkan oleh orang-orang tua sebagai KENAN.
Kenan adalah
satu istilah yang merujuk kepada keadaan fizikal bayi baru lahir yang mengalami
kecacatan yang mirip dengan perlakuan si ibu atau si ayah semasa dirinya masih
dalam kandungan. Selalunya akibat daripada perbuatan kejam ibu bapanya terhadap
haiwan.
Sebagai contoh, di
kampung saya ada anak yang dilahirkan sumbing bahagian mulut gara-gara si bapa
memancing dapat ular bukannya ikan. Sakit hati punya pasal, bapa tadi main
rentap je mata kail tu. Habih rabak mulut ular. Natijahnya… si anak lahir
persis seperti fizikal mulut ular. Contoh kedua, berlaku kpd pembantu rumah
aku. Masa ngandung… suaminya besit kelawar dengan kayu… akhirnya si anak lahir
dengan telinga nipis macam telinga kelawar. Berdasarkan kedua-dua contoh ini
(sebenarnya banyak), wajarkah kita mempercayai bahawa kejadian kenan ini
benar-benar berlaku? Atau hanya sekadar kebetulan? Anak sedara saya pernah
memancing semasa isterinya mengandung. Tapi tak ada apa-apa pun. Saya sendiri hampir
setiap minggu menjalankan kursus sembelihan di Pusat Kokurikulum Negeri Perak
Cawangan Kuala Kangsar. Tapi Alhamdu Li Allah… tiada apa yang berlaku.
Kalau hendak
dikatakan ianya sebagai balasan kepada perlakuan kejam salah seorang ibu atau
bapa bayi, mengapa ianya hanya dikenali dinusantara sahaja? Kat negeri omputeh
tak pernah dengar pun. Tak percaya.. ianya macam pernah berlaku. Nak percaya,
nanti jadi syirik. Jadi macam mana?
Hasil perbincangan
dengan bidan-bidan lama.. sambil-sambil deme mengurut isteri saya yang baru lepas
bersalin. Mereka kata kenan ni boleh berlaku kepada sesape saja. Lebih-lebih
lagi semasa bulan-bulan kritikal iaitu semasa pembentukan janin. Lebih tepat
antara bulan pertama hingga ketiga. Ia berlaku jika si suami atau isteri
melakukan perbuatan kejam terhadap manusia atau haiwan sama ada sengaja atau
tidak dalam keadaan pelaku itu tidak sedar yang isterinya sedang mengandung. Hiii…
ngeri bunyinya.
Tapi bidan tu
kata lagi.. tak payah risau… kenan ni boleh dialih. Kena jumpa bidan yang mahir
mengalih kenan. Kena cepat. Ada la ritual yg perlu dibuat suami.
Beberapa kesimpulan tentang kenan yang
dapat dikutip daripada keterangan di atas:
1.
Berlaku di kalangan orang
melayu/nusantara
2.
Sengaja atau tidak tetap terkena
3.
Berlaku pada bulan-bulan terawal
4.
Terjadi jika suami lupa isteri
mengandung
5.
Boleh dialih dengan ritual
tertentu
Berdasarkan 5
dapatan tadi, bolehlah dikatakan kenan adalah salah satu bentuk SIHIR yang
dikenakan oleh jin bagi menyesatkan manusia. Mana taknya.. kepercayaan kita
terhadap qudrah dan iradah Allah telah goyah. Malah ia juga menafikan sifat
Allah Al Badi’ dan Al Kholiq. Jin tidak ada kena mengena dengan haiwan yang
dizalimi. Dia hanya mengambil kesempatan (tunggu sebab) untuk mengenakan
sihirnya (dengan izin Allah jua semestinya sebagai sebahagian ujian hidup yang
datang dengan pelbagai cara). Jin mampu meresap jauh ke dalam kandungan dan
merosakkannya. Kehadirannya dapat dipesong atau dipujuk oleh bidan dengan cara
berunding. Masa ni kita pulak yang melakukan ritual sihir.
LANGKAH-LANGKAH YANG PATUT DIBUAT
1.
Segala yang berlaku adalah dalam
ilmu Allah. KepadaNyalah kita bermohon. Pohonlah yang baik-baik.
2.
Mohonlah perlindungan kepada
Allah. Amalkan doa nabi Zakaria, rabbi habli min ladun ka zurriyyatan
toyyibatan.. inna ka samii’u al du’a
3.
Jangan menzalimi makhluk Allah. Bukan
kerana takut kenan. Tetapi kerana ia adalah perintah Allah dan Rasul.
4.
Yakinlah tidak akan berlaku
sesuatu melainkan dengan izin Allah.
5.
Tetapi jangan mendabik dada
mengatakan bahawa kejadian kenan adalah karut. Lalu mencabar dengan melakukan
beberapa kezaliman untuk menguji. Tidak ada masalah kalau iman tuan-tuan tebal
dan berat macam gunung. Tapi takut bila diuji begitu… kita bimbang jika iman
kita pada ketika itu tidak sekuat ketika kita melafazkan ucapan mencabar tu. Al
imaan yazid wa yanqus. Masa tu asyik
sebut, “isy kalau laa aku tak itu ini… kalau laa tak buat gitu gini..” dsb. Wa Allahu
a’lam.
No comments:
Post a Comment