Thursday, 18 July 2013

Doa selepas tasyahhud sebelum salam



Berikut adalah sebahagian daripada doa-doa yang dianjurkan dibaca sebelum salam. Memang diajar oleh Rasululullah. Tak rugi mengikutnya. Perhatikan maksudnya... semua orang waras pasti akan mengharap agar doa-doa ini dimakbulkan.
1. Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu selesai bertasyahhud, maka hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah dari empat perkara, dengan mengucapkan:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ.

Mafhumnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan neraka jahannam, dari siksaan kubur, dari fitnah (haru-biru) kehidupan dan kematian, serta dari kejahatan fitnah (huru-hara) al-Masih al-Dajjal.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)

2. Daripada ‘Ali bin Abi Tolib, dalam sebuah hadis yang panjang berkata: “Bahawa Rasulullah SAW antara bacaan akhir yang baginda baca antara al-Tasyahhud dan memberi salam ialah:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّيْ. أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ.

Mafhumnya: “Ya Allah! ampunilah daku dari segala (kesalahan dan dosa) yang telah aku lakukan mahupun yang akan datang, dan (ampunilah daku) apa-apa yang aku lakukan secara sembunyi dan apa-apa yang aku lakukan secara terang-terang, dan (ampunilah daku) apa-apa (kesalahan dan doa) yang aku lakukan secara melampau (menzalimi diri), serta apa yang Engkau lebih mengetahui daripadaku, Engkau yang mendahulukan (bantuan dan taufik kepada sesiapa yang Engkau kehendaki) dan Engkau yang mengakhirkan (bantuan dan taufik kepada sesiapa yang Engkau kehendaki), tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau.”
(HR Muslim)

Monday, 15 July 2013

emas murah vs emas mahal

Assalamualaikum wbt.... berjumpa kembali. lama tak update. di bulan Ramadhan ni agak sibuk sikit. semoga semua pembaca sihat hendaknya dalam menjalani ibadah. bersempena dengan musim emas murah ni... murah bebenor, macam patah balik tiga tahun ke belakang. Kebelakangan ini kerap saya dengar orang bertanya. Ngape emas kat situ murah benor. Kat sana plak mahei.. camner tu. Mintak maap le bebanyak. Teman tak reti nak banding-banding harga ni. Ikut suke mengkomer le nak beli kat mana pun. Tapi pastikan pembelian anda berbaloi dengan duit yang dibelanjankan. Rasanye elok teman tanya komer dulu. Ngape ye.. kedai emas wah chan, poh kong dan habib jewel yang dikata mahal tapi orang tetap masuk? Tetap beli? Jawapannya adalah pada reka bentuknya. Kalau setakat design tulang belut, pasir, exora dan lain-lain yang machine made.. toksah dok labun la kata murah. Kalau design macam wah chan, poh kong dan habib jewel.. pastu letak harga murah yang selalu dibangga-banggakan tu, baru teman akan kata.. "barang kemas tu memang murah".
        Buat apa beli barang kemas. Untuk perhiasan ke sebagai aset? Kalau perhiasan terpulang la beli kat mana pun. Kalau nak buat aset harta, pastikan barang kemas anda dapat dijual semula pada harga tinggi. Berani ke kompeni murah tu beli semula dengan harga tinggi?Ppotongan spread di bawah 20% contohnya (kat kedai biasa potong 25%). 

        Di GSR anda akan mendapat semuanya 
i. Barang kemas berfesyen 
ii. Harga borong 
iii. Tiada upah 
iv. Jaminan belian semula dengan potongan serendah 15%

Saturday, 6 July 2013

Sanggul Tinggi; Bagaimana memahami teks hadith



Ada sebilangan orang yang terlalu mudah menghukum tanpa mengikut disiplin ilmu yang betul. Sanggul tinggi termasuk antara yang diperdebatkan. Jadi, ada la budak-budak sekolah yang tak tau apa-apa dicemuh. Termasuk juga wanita-wanita yang berambut panjang. Sanggul dalam keadaan biasa yang dibuat wanita untuk mengemaskan rambutnya untuk mengelak dari mengurai, tidaklah ada larangan Syarak terhadapnya asalkan ia tidak mendedahnya untuk tontonan orang ramai (selain suami, mahram dan sesama wanita) kerana rambut berada dalam kawasan aurat yang wajib ditutup. Adapun sanggul yang dibuat untuk tujuan fesyen dan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain (yakni sekalipun berada di bawah tudung, tetapi menjadi tarikan kepada orang lain) dibimbangi wanita yang melakukannya tergolong dalam salah satu dari dua golongan ahli neraka yang disebut oleh Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- dalam hadis di bawah;

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu;
1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukulmanusia dengannya, dan;

2. Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”.

(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-)

Pada  perkara tabarruj, memang jelas ancaman Allah dan Rasul ke atas mereka. Sama-sama kita saling betul membetulkan.  Hadis tu memang hadis sahih mengapa nak dipertikaikan. Boleh jatuh murtad (rujuk kitab mestika hadis jilid 1-BAHEIS). cuma bagaimana kita memahaminya?... adakah sama sebagaimana yang difahami oleh para sahabat dan salaf al soleh? Isu sebenarnya ialah ada sesetengah pihak yg SEWENANG-WENANGNYA mengharamkan bersanggul tinggi secara total tanpa kecuali. Tinggi mcm mana? asal nmpak kelibat sanggul besar je... terus haram. Erk…. Ye ke?

Mari kita sama-sama menelaah. Pertama dari segi lateral dulu.
1) kata kuncinya ialah "tidak pernah ada di zamanku". Adakah wanita bersanggul tiada di zaman Rasulullah? Pastinya jenis kepala macam bonggol unta tu adalah sesuatu yang baru yang tidak dikenal di zaman Rasullah. Cth: sanggul yg dibuat-buat untuk tarik perhatian.
2) Dalam susun atur teks hadith dalam bahasa arab di atas, ketiga-tiga ciri yang disebut, dinyatakan secara berurutan tanpa diselangi oleh kata hubung 'wa' ( وَ ). Jadi, kalimah selepasnya dii’rabkan sebagai sifat. Ia membawa maksud seorang wanita yg memiliki 3 sifat yang disebutkan secara serentak. Dialah yg berpakaian terlalu seksi, dia juga menghias rambutnya/kepalanya macam bonggol unta, dia juga melakukan maksiat dan jadi punca maksiat, dia juga jalan lenggang lenggok. Ada tak wanita jenis ni di zaman Nabi? Us Kazim Elias menyatakan bahwa wanita itu adalah peragawati atau kerjaya peragawati atau model yang baru wujud dan muncul di akhir zaman ini.

Bagaimana pula ulama-ulama muktabar memahaminya? Al-Imam al-Nawawi menyatakan di dalam kitab syarah sohih muslimnya "Apa-apa saja yang diletakkan oleh wanita atas kepalanya untuk memberi nilai tabarruj (seperti letak span supaya sanggul nampak besar atau sanggul original yg dibentuk supaya tinggi semata-mata untuk tarik perhatian). Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitab Al Halal Wa Al Haram menyatakan "Rasulullah seolah-olah diperlihatkan kepadanya gambaran akhir zaman betapa banyaknya salon-salon yang menawarkan khidmat tabarruj yang menjurus kepada kerosakan.

Kesimpulan daripada ulama-ulama kontemporari... kalau rambut panjang, ikatlah atau sanggulkannya. Ikhtiarkan agar tidak terlalu terserlah atau menonjol. Kalau nampak jugak, nak buat macam mana? Itu dah masuk perkara masyaqqah (sangat sulit utk dielak dan syarak tak penah suruh potong rambut) sama macam dada perempuan. pakaila jubah tebal macam mana pun, tetep kelihatan juga lekuknya.Yang jelas haram ialah perbuatan itu (sanggul tinggi) dengan sengaja dan ada niat tabarruj dan nak tarik perhatian. Lagi sekali saya tegaskan.. bahawa pos ini bkn nak menyokong mana-mana wanita yang nak bersanggul tinggi. Cuma sekadar perkongsian dgn pihak-pihak yang sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum haram secara total tanpa mengikut disiplin ilmu yang sepatutnya. Wa Allahu a'lam.