Saturday, 6 July 2013

Sanggul Tinggi; Bagaimana memahami teks hadith



Ada sebilangan orang yang terlalu mudah menghukum tanpa mengikut disiplin ilmu yang betul. Sanggul tinggi termasuk antara yang diperdebatkan. Jadi, ada la budak-budak sekolah yang tak tau apa-apa dicemuh. Termasuk juga wanita-wanita yang berambut panjang. Sanggul dalam keadaan biasa yang dibuat wanita untuk mengemaskan rambutnya untuk mengelak dari mengurai, tidaklah ada larangan Syarak terhadapnya asalkan ia tidak mendedahnya untuk tontonan orang ramai (selain suami, mahram dan sesama wanita) kerana rambut berada dalam kawasan aurat yang wajib ditutup. Adapun sanggul yang dibuat untuk tujuan fesyen dan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain (yakni sekalipun berada di bawah tudung, tetapi menjadi tarikan kepada orang lain) dibimbangi wanita yang melakukannya tergolong dalam salah satu dari dua golongan ahli neraka yang disebut oleh Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- dalam hadis di bawah;

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu;
1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukulmanusia dengannya, dan;

2. Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”.

(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-)

Pada  perkara tabarruj, memang jelas ancaman Allah dan Rasul ke atas mereka. Sama-sama kita saling betul membetulkan.  Hadis tu memang hadis sahih mengapa nak dipertikaikan. Boleh jatuh murtad (rujuk kitab mestika hadis jilid 1-BAHEIS). cuma bagaimana kita memahaminya?... adakah sama sebagaimana yang difahami oleh para sahabat dan salaf al soleh? Isu sebenarnya ialah ada sesetengah pihak yg SEWENANG-WENANGNYA mengharamkan bersanggul tinggi secara total tanpa kecuali. Tinggi mcm mana? asal nmpak kelibat sanggul besar je... terus haram. Erk…. Ye ke?

Mari kita sama-sama menelaah. Pertama dari segi lateral dulu.
1) kata kuncinya ialah "tidak pernah ada di zamanku". Adakah wanita bersanggul tiada di zaman Rasulullah? Pastinya jenis kepala macam bonggol unta tu adalah sesuatu yang baru yang tidak dikenal di zaman Rasullah. Cth: sanggul yg dibuat-buat untuk tarik perhatian.
2) Dalam susun atur teks hadith dalam bahasa arab di atas, ketiga-tiga ciri yang disebut, dinyatakan secara berurutan tanpa diselangi oleh kata hubung 'wa' ( وَ ). Jadi, kalimah selepasnya dii’rabkan sebagai sifat. Ia membawa maksud seorang wanita yg memiliki 3 sifat yang disebutkan secara serentak. Dialah yg berpakaian terlalu seksi, dia juga menghias rambutnya/kepalanya macam bonggol unta, dia juga melakukan maksiat dan jadi punca maksiat, dia juga jalan lenggang lenggok. Ada tak wanita jenis ni di zaman Nabi? Us Kazim Elias menyatakan bahwa wanita itu adalah peragawati atau kerjaya peragawati atau model yang baru wujud dan muncul di akhir zaman ini.

Bagaimana pula ulama-ulama muktabar memahaminya? Al-Imam al-Nawawi menyatakan di dalam kitab syarah sohih muslimnya "Apa-apa saja yang diletakkan oleh wanita atas kepalanya untuk memberi nilai tabarruj (seperti letak span supaya sanggul nampak besar atau sanggul original yg dibentuk supaya tinggi semata-mata untuk tarik perhatian). Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitab Al Halal Wa Al Haram menyatakan "Rasulullah seolah-olah diperlihatkan kepadanya gambaran akhir zaman betapa banyaknya salon-salon yang menawarkan khidmat tabarruj yang menjurus kepada kerosakan.

Kesimpulan daripada ulama-ulama kontemporari... kalau rambut panjang, ikatlah atau sanggulkannya. Ikhtiarkan agar tidak terlalu terserlah atau menonjol. Kalau nampak jugak, nak buat macam mana? Itu dah masuk perkara masyaqqah (sangat sulit utk dielak dan syarak tak penah suruh potong rambut) sama macam dada perempuan. pakaila jubah tebal macam mana pun, tetep kelihatan juga lekuknya.Yang jelas haram ialah perbuatan itu (sanggul tinggi) dengan sengaja dan ada niat tabarruj dan nak tarik perhatian. Lagi sekali saya tegaskan.. bahawa pos ini bkn nak menyokong mana-mana wanita yang nak bersanggul tinggi. Cuma sekadar perkongsian dgn pihak-pihak yang sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum haram secara total tanpa mengikut disiplin ilmu yang sepatutnya. Wa Allahu a'lam.

No comments:

Post a Comment