Berikut adalah sebahagian daripada doa-doa yang dianjurkan dibaca sebelum salam. Memang diajar oleh Rasululullah. Tak rugi mengikutnya. Perhatikan maksudnya... semua orang waras pasti akan mengharap agar doa-doa ini dimakbulkan.
1. Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW
bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu selesai bertasyahhud, maka hendaklah
dia memohon perlindungan kepada Allah dari empat perkara, dengan mengucapkan:
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ
الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ.
Mafhumnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung
kepadaMu dari siksaan neraka jahannam, dari siksaan
kubur, dari fitnah (haru-biru) kehidupan dan kematian, serta dari kejahatan
fitnah (huru-hara) al-Masih al-Dajjal.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)
2. Daripada ‘Ali bin Abi Tolib, dalam sebuah hadis yang
panjang berkata: “Bahawa Rasulullah SAW antara bacaan akhir yang baginda baca
antara al-Tasyahhud dan memberi salam ialah:
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ مَا قَدَّمْتُ وَمَا
أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ
أَعْلَمُ بِهِ مِنِّيْ. أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لاَ إِلَـهَ
إِلاَّ أَنْتَ.
Mafhumnya: “Ya Allah! ampunilah daku dari segala
(kesalahan dan dosa) yang telah aku lakukan mahupun yang akan datang, dan
(ampunilah daku) apa-apa yang aku lakukan secara sembunyi dan apa-apa yang aku
lakukan secara terang-terang, dan (ampunilah daku) apa-apa (kesalahan dan doa)
yang aku lakukan secara melampau (menzalimi diri), serta apa yang Engkau lebih
mengetahui daripadaku, Engkau yang mendahulukan (bantuan dan taufik kepada
sesiapa yang Engkau kehendaki) dan Engkau yang mengakhirkan (bantuan dan taufik
kepada sesiapa yang Engkau kehendaki), tidak ada tuhan yang berhak disembah
kecuali Engkau.”
(HR Muslim)
No comments:
Post a Comment