Apa yang dah berlaku... pastinya dah berlaku. Tiada apa yang dapat dilakukan.
Kepada teman-teman yang belum terkena atau nyaris-nyaris terkena... bersyukurlah. Kalian masih punya akal yang waras. Yang tak mudah tergoda dengan syoknye kaya cepat.
Kepada yang dah terkena...... sabarlah. Jangan dilayan perasaan tu. Bangkitlah kembali. Barangkali kalian akan lebih berjaya selepas ini.
Kepada yang sibuk nak baca yasin, jumpa bomoh dan sebagainya semata-mata nak minta agar pengelola dapat bala.... pikir dulu dosa pahalanya... kalian bukan mangsa. Tapi kalian sebenarnya kalah berperang. Kalah perang? Ya... kalah berperang. So, jangan nak salahkan sapa-sapa. Sebab Allah dah Isytihar Perang Terhadap Pemakan Riba
Surah Al-Baqarah ayat 279 "Maka jika kamu tidak melakukan (perintah tinggalkan riba itu)maka ketahuilah Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu. Kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
Bagaimana skim ini terlibat riba? baca sini
Kalau kalian nak tahu sebab apa riba diharamkan? Sebab ianya mengandungi aspek-aspek penindasan. Sama ada disedari atau tidak. Kesannya amat dahsyat lagi mengerikan. Boleh tengok satu-satu di bawah ni.....
No comments:
Post a Comment