Gambar sekadar hiasan
Artikel ini pernah dipos dalam blog ni. Tapi ada orang tak suka
dan mempertikaikan sumber penulis… maka saya dengan rendah diri menarik semula
artikel ini daripada disiarkan. Malas nak bertekak. Biar masa yang menjawabnya.
Dan sekarang (bulan Disember 2014) masa telah menjawab bagi pihak saya. Skim
pelaburan emas delay atau ETA tersungkur seluruhnya. Syabas kepada yang terbuka
hati menerima nasihat dan kepada yang merasa teraniaya…. Jadikan ini sebagai
iktibar dan pedoman kepada yang lain. Semoga kalian dapat bangkit kembali. Yang
sudah tu … sudahlah.
Estimate Time of Arrival adalah istilah yang heboh diperkatakan di
dalam dunia maya emas sekarang ini. Ianya diguna pakai untuk jual beli emas
secara tangguh. Ada yang 3 hari, 7 hari. Ada juga sampai 30 hari atau lebih.
Maksudnya... pembeli akan bayar tunai kepada penganjur dengan harga yang
dipersetujui. Memang murah. Pernah cecah emas 916 dijual dengan harga RM109
segram!. Lepas tu tunggu je. Sampai je tarikh yang dijanjikan... pembeli akan
dapat emas fizikal mereka. Pastu gadai. dapat modal pusingan. Join ETA lagi.
Ulang beberapa kali sampai emas dah banyak. Pastu jual dengan harga semasa.
Macam mana boleh dapat murah?
Penganjur bukan beli sikit-sikit. Deme pun bergerak secara
berjemaah dengan penganjur-penganjur lain. Setiap penganjur ni pula ada
berpuluh-puluh trusted dealer. Jadi, deme ni tak main le gram-gram dengan pihak
pengilang. Sekali order berpuluh-puluh kilo! Di pihak pengilang dan pengimport
pula..... bila pembeli membeli secara banyak-banyak, deme cepat le dapat
untung. Barang cepat abih. Dah tu, stok dapat dikosongkan segera. Boleh le deme
buat rolling seterusnya. Sebagai balasan dan imbalan.... pihak kilang
menawarkan harga yang lebih murah kepada pembeli jenis ni. Katakan emas yang
ditawarkan tu 1000 gram emas 999.9. Pastu convert kepada emas 916. Pasti
beratnya sudah bertambah. Dah jadi 1084 gram. Kalau harga biasa emas 999 MKS
sekitar RM125/g kalau convert ke 916 akan jadi RM114/g. Tu kalau pembeli biasa.
Kalau beli banyak-banyak? Kira sendiri la....
Nota: Ini la yang dinyatakan oleh penganjur-penganjur dalam setiap
ceramah mereka.
Atau ... penganjur ETA akan jual dengan harga diskaun. Katakanlah
anda beli ETA30 dengan harga RM120/g, harga asal di kilang ialah RM128/g.
Maknanya penganjur akan top up dengan duit diorang sebanyak RM8/g. Duit tu buat
beli emas baru. Pastu gadai untuk dapatkan modal pusingan. Tambah stok lagi.
Pastu jual le kat kedai emas sendiri ATAU dilabur semula dalam mana-mana skim
di dalam atau di luar negara. Lagi lama anda menunggu... lagi lama diorang
dapat manipulasi wang anda. Win win situation. Anda dapat emas murah.....
penganjur pula dapat tambah stok emas dan buat keuntungan atas angin.
Nota: Ini la yang orang tak tau dulu. Sekarang dah tau. "Kalau orang tak tau, macam mana you tau?". La... dah yang empunya badan citer sendiri... ter'tau' jugak la... sila join page group yang berkaitan. Jangan sibuk pulak dalam tu. Perati je. Nanti kena tendang.
Masalah mungkin timbul jika penganjur takde stok penimbal. Jenis
guna air liur je atau kaki tumpang gambar orang lain. Atau paling digeruni…
‘program atas program’. Iaitu, sesape yang dah rasa pandai sikit dan cuba anjur
ETA sendiri. Dalam masa yang sama… dia sendiri pun bernaung dengan program
penganjur asal. Paling parah lagi kalau penganjur sendiri mengharapkan pihak
ketiga untuk manipulasi duit atau emas. Akhirnya… akan wujudlah satu struktur
seperti piramid terbalik atau puncaknya berada di bawah. Kalaulah apa-apa
berlaku kepada penganjur yang berada di puncak paling bawah tadi seperti kena
tangkap atau lari, maka keseluruhan program akan TERSONTOT.
ISU
1. Boleh percaya ke?
Ada yang ok... ada juga kaki ngelat. Yang penting jangan main
terjah je. Tengok track record penganjur. Penah ada isu tak? Nak selamat...
minta kawan-kawan yang berpengalaman rekemenkan. Nak selamat lagi? Beli je emas
secara cash. Beri duit dapat emas.
(Nota: Apa yang saya tahu … pada bulan september 2014, berlakulah
tsunami emas delay yang menyaksikan ramai penganjur, ejen dan peserta yang
tersungkur)
2. Halal ke?
Kalau nak halal… pastikan TIDAK BERLAKU yang ni…
Duit anda dirolling dan dijadikan modal pusingan. Barang memang
dah ada sejak awal lagi tapi sesaje tangguh serah sebab nak rolling lagi. Tokey
dah untung berganda.
Atau yang ini… Riba
Salah satu Riba yang melibatkan emas dan lain-lain barang ribawi
ialah riba an-nasii ah. Iaitu penangguhan penyerahan salah satu item ribawi
sama ada harga atau barang.
No comments:
Post a Comment