Monday 25 November 2013

Emas Kim Thanh Vietnam


Apa yang anda tahu tentang wang emas Kim Thanh Vietnam?

Kim Thanh adalah nama pengeluar dan pengedar bullion emas di Saigon, Vietnam. Juga nama salah satu jalan yang pernah wujud di sana. Gold bar Kim Thanh dikeluarkan sebelum 1975. Ia memiliki kadar ketulenan sebanyak 99.9%. Beratnya sekitar 37.5 gram.

Walaupun dipanggil goldbar, namun sebenarnya ia adalah gabungan 3 keping emas. 2 keping pertama seberat 15 gram manakala sekeping terakhir seberat 7.5 gram. Jadi berat keseluruhannya ialah 37.5 gram. Kemudian kepingan-kepingan emas ini dibungkus bersama di dalam kertas minyak dan dicop dengan nama pengilang. Gold bar Kim Thanh cukup dikenali di sekitar Asia Tenggara. Khususnya semasa dan selepas perang Vietnam.

Beribu-ribu pelarian Vietnam dan Kemboja lari meninggalkan kampung halaman mereka dengan membawa emas kerana mereka percaya emas sahaja yang akan di terima di seluruh dunia. Mereka juga mampu memulakan kehidupan baru di tempat orang. Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam? Buang ke laut lee.

Tidak ada aset lain yang boleh menandingi emas. Emas boleh ditukarkan kepada tunai pada bila-bila masa. Emas bukan sahaja bernilai di Malaysia tetapi bernilai dan boleh dicairkan di seluruh dunia.

Emas sukar diperolehi dan tidak boleh dicipta. Tiada  siapa pun yang mampu mencipta emas walaupun saintis tersohor. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah sebab susah nak dapat. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Berbeza sekali dengan wang fiat. Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak bersandarkan benda berharga seperti emas dan perak. Kertas je. Dengan nilai yang dipaksa oleh pemerintah.

Wang fiat boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah yang tidak bertanggungjawab. Apabila jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilai wang kertas akan merosot macam duit Jepun cap pokok pisang atau macam kat Zimbabwe sekarang. Rm1000 hari ini tidak mungkin akan bernilai rm1000 dengan nilai yang sama pada 3-5 tahun akan datang.

No comments:

Post a Comment