Saturday 22 March 2014

INFLASI ; Mencuri Wang Anda Dalam Diam

 


          Inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa. Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit matawang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang lebih sedikit daripada sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang berkenaan iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit akaun dalam sesebuah ekonomi. Maksudnya, dulu kalau ada duit sepuluh ringgit boleh beli macam-macam. Tapi sekarang dah tak macam dulu. Sepuluh ringgit boleh beli ikan sekilo je. Itu pun ikan temenung lemak.

          Pencuri bila mencuri wang anda, anda akan akan kerugian sekali tu je. Manakala inflasi adalah pencuri senyap yang mencuri nilai wang anda. Contoh, duit seringgit dalam tahun 80-an boleh beli 5 bungkus air tebu. Tapi sekarang (2014) hanya dapat beli sebungkus je. Bermakna seringgit anda sekarang bernilai seperti duit 20 sen dulu-dulu. Anda sudah hilang nilai wang anda sebanyak 80 sen. Bila hilang pastinya ada pencuri. Inflasilah pencuri senyap itu. Fahami gambar di bawah....


 Kredit kepada jutawanemasmukmin.com

          Anda menyimpan Rm1000 di dalam bank. Setahun Inflasi katakan 4 % maka nilai sebenar wang anda ialah Rm960 sesudah setahun. Andaikata anda menyimpan dengan akaun simpanan tetap dengan keuntungan 3% setahun, maka nilai sebenar RM anda ialah Rm990. Tetap ia menyusut…. anda dirompak di siang hari …. setiap hari…. setiap detik.
Pakar-pakar kewangan menasihatkan pastikan sebahagian wang anda di labur pada instrument yang memberi pulangan melebihi inflasi seperti Tabung Haji, Unit Trust, Bond, Harta tanah, Logam Bernilai seperti EMAS, Perak dan lain-lain. Namun perlu ada aset mudah cair di saat-saat kecemasan. Di antara yang mudah tunai ialah EMAS. Jika anda ada seutas rantai seberat 20 gm..senang-senang je anda dapat cash money di saat memerlukan.

          Kalau inflasi pada kadar 4% setahun, maka kita akan dapati kuasa beli akan menyusut sebanyak 50% atau separuh daripada kemampuan asalnya pada setiap 18 tahun. Dalam erti kata lain, RM100 sekarang (2014) akan mempunyai nilai seakan-akan RM50 pada tahun 2032. Nak tengok bukti hari ni pun boleh. 18 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1996 ….. air cincau 50 sen je segelas. Sekarang dah rm1. Dah perasan sekarang… duit anda dirompak oleh inflasi. 




             Ada pula orang cakap, “ye la nak buat macam mana? Harga ikut zaman la”. Betul ke? Bukan ke inflasi lahir bersama-sama wang kertas yang tidak disandarkan langsung kepada emas? Hanya sekadar kertas yang bercetak. Cukup mudah untuk dimanipulasikan. Ia juga boleh digunakan sebagai senjata untuk memiskinkan negara-negara musuh.

          Jika Nilai RM jatuh ketara dengan USD dan kita pula banyak perdagangan menggunakan USD, maka nilai Inflasi 4% tidak boleh di guna pakai...Ia mungkin mencecah 10% sebagaimana yang di rasai sekarang... dan ia memang sedang di rasai sekarang terutama golongan menengah yang sudah hilang kuasa beli hingga menjadikan mereka seolah berpendapatan di bawah Rm3,000
Untuk melepasi tahap Inflasi supaya wang kita tidak susut malah bertambah, kita mesti melabur di dalam mana-mana Amanah Saham yang memberi pulangan 7 - 8 % setahun... atau menukar sebahagian wang kertas kepada EMAS.


No comments:

Post a Comment