Wednesday, 16 July 2014

MONEY GAME; Menghakis Wang Dan Harga Diri Anda



Assalamualaikum wbt….
Lama tak menulis. Udah bersawang blog teman. Cuma kali ini teman rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan pandangan dengan mengkomer kat luar sana. Semuanya kerana dah terlalu banyak skim-skim buat duit mudah melalui internet. Labur seribu dua… goyang-goyang kaki…. Duit masyuk. Semudah ABC.
Ada banyak kaedah. Antaranya skim ponzi yang mengumpul deposit awam kemudian diagihkan kepada pelabur-pelabur lain sebagai keuntungan. Jangka hayatnya agak panjang. Selagi ada pelabur lama atau baru yang sudi menyumbang maka adalah hayatnya. Masalah mula timbul bila dah ramai orang masuk. Aliran tunai dah tak mampu menampung bayaran dividen kepada pelabur. Dalam masa yang sama…. target penganjur dah tercapai. Apa lagi…. pindahkan semua aset ke akaun baru dan hilangkan diri.

Keduanya ialah skim MLM piramid pairing. Join, pastu cari orang. Goyang kaki tunggu duit beranak sendiri. Teman pasti…. Tuan-tuan penah tengok gambar macam ni. Gambar duit berkepuk-kepuk. Boleh buat tilam lagi gitu. Konon nak tunjuk duit banyak le tu. Tapi…. Tak penah pulak teman nampak jutawan-jutawan terkenal macam Syed Bukhary… Donald Trump dan banyak lagi yang pos gambar duit banyak-banyak. Pastu pulak…. bertubi-tubi. Sampei tak tau, sape yang nak sape? Kami nak kat komer ke atau komer yang terdesak sangat nak cari downline. Macam desperate sangat nak orang join skim tu. Skim macam ni yang teman nak citer kali ini.

Gambar hiasan je. ini duit raya baru lepas tukar kat bank. kongsi ramai-ramai dapat le 20K

MLM atau multilevel marketing adalah salah satu cara perniagaan popular sekarang. Ia dibangunkan dengan satu sistem yang membolehkan ahli-ahlinya menikmati pelbagai cara menjana keuntungan. Selagi perniagaannya berasaskan menjual barang yang munasabah dan tiada unsur-unsur penipuan dan paksaan, maka ianya adalah halal menurut perimeter syariah berkenaan sistem jualan MLM. Malangnya ada yang menganjurkan skim ini sama seperti skim cepat kaya yang memfokuskan kepada penajaan. Barang jualan sekadar hiasan sahaja. Nak kaya cepat kena rekrut ahli seramai mungkin. Lagi besar ranting piramid di bawah… lagi banyak untung. Pastu, ada pulak pairing-pairing dengan macam-macam bonus. Cepat le kaya kata deme. Kalau betul kaya, ngape desperate sangat ajak orang join. Takde barang yang dijual. Tapi janji bonus macam-macam. Mana deme cekau duit? Duit tuan-tuan juge…

Sumber kewangan
i. Duit yuran
Dulu-dulu yurannya ribu-ribu. Masuk pun ribu-ribu. Nampak serupe benor dengan skim cepat kaya. Tapi sekarang ada yang cuma RM100 je. Malah ada yang serendah RM6. Falsafah mereka ialah “bior sikit asalkan ada orang join”

ii. Keuntungan daripada harga barang yang melampau mahalnya.
Yang ni semua orang tau. Macam ada satu produk berasaskan zat tumbuh-tumbuhan. Yang jual di kedai RM24 je sekotak. Tapi deme punya RM400 sekotak. Fuh… 2400% untung. Terbaru ada yang jual larutan garam bukit. RM100 dapat 4 botol. Sedangkan harga borong garam bukit daripada sumber dan negara yang sama mereka ambil ialah RM15 sekilo atau RM1.50 setiap 100 gram !!! Katakanlah setiap botol mengandungi 50 gram je kandungan garamnya. Jadi 50 gram x 0.75 sen x 4 botol = RM3.00 … untung 3300%!!!! Wow.
Emas pun terlibat juga.. nak join kena bayar RM400 lebih kurang. Dapat le emas sikit. Tak sampai 2 gram pun. Pastu kena la cari downline. Ada yang berjanji… “takpe.. masuk dulu. Karang kalau dapat orang baru kami akan letak bawah tuan-tuan” Chitt… temberang ayor lior.
Ada pula pandai berhujah kata harus ambil untung lebih sebab Rasulullah SAW tak pernah melarangnya. Lagipun ada akad yang membuktikan redha meredha. Hello…. At the very beginning kamu dah ada niat nak manipulate duit tu untuk diberi kepada upliner. Kalau kamu citer habis kata sebahagian besar duit tu akan di’sedekahkan’ dan harga tu jauh meninggalkan harga sebenar dalam pasaran atau barang yang sedia ada dalam pasaran, agak-agak le… ada lagi ke redhanye dalam akad? Inilah yang dikatakan “ghabnun faahisy”. Hukumnya haram.

Bagaimana wang diagih kepada peserta?

1. Pungut wang.
2. Wang dibahagi kepada 4 bahagian.
Bahagian 1 : 30% untuk penganjur/tokey.
Bahagian 2 : 30% masuk dalam akaun khas bagi menampung bayaran bonus pairing dan lain-lain bonus.
Bahagian 3 : 20% agihan kepada upliner, stokis dan sebagainya.
Bahagian 4 : 20% belanja pengurusan.

Bayangkan berapa banyak yang akan masuk kocek penganjur. Tapi takpe… semua merasa. Ye ke? Baca lagi.

Adakah ianya boleh kekal bertahan?

Rekod skim-skim yang terdahulu menunjukkan yang ianya terbahagi kepada 4 fasa utama.

Fasa pertama - Pengenalan.
Penganjur akan memperkenalkan skim ini dengan pelbagai cara. Dalam masa yang sama mereka akan mem ‘bela’ beberapa orang terpilih untuk dijadikan orang kaya segera. Selalunya orang-orang yang tak berapa nak kaya atau keje biasa-biasa je. Mereka inilah yang akan digunakan sebagai umpan di kemudian hari.

Fasa kedua - klimaks.
Masa ini aliran tunai masuk bertalu-talu. Semua orang nak kaya cepat. Ramai orang masuk. Ramai orang dapat duit. Tapi sampai bila?

Fasa ketiga - Masa sejuk atau waktu menurun impaknya atau anti klimaks.
Masa ini tetap akan tiba. Lambat atau cepat je. Selalunya kehadiran fasa ini dapat dirasai dengan berbagai tanda antaranya ialah:
1. Wang lambat masuk. Kalau masuk pun jarang menepati seperti yang dijanjikan. Macam biskut. Kejap ada kejap takde.
2. Status FB penaja atau akaun admin group whatsApp senyap je takde respon. Kalau tanya banyak dalih dia. Kalau tanya banyak-banyak marah pulak.

Fasa Keempat - Fasa gigit jari
Segalanya sudah berakhir. Apa yang berlaku ketika ini? Ini dia…
1.      Penganjur lesap.
2.      Wang-wang telah diselamatkan ke akaun-akaun persendirian.
3.      Peserta-peserta bawahan hilang wang sekelip mata. Alaaa apa kisah? Setakat RM400 je. RM400 pun duit jugak bro. Kayakan orang jugak. Memang short belanja susu anak sebulan.
4.      Upliner yang dah kenyang tu… walaupun duit anda banyak tapi anda hilang maruah, hilang kepercayaan, hilang harga diri, kawan-kawan kalau tak hilang pun… marah tetap ada. Kalau ada 10 orang asyik tanya bila nak dapat bonus? Mana anda nak letak muka?

Bagaimana ianya berakhir?

Semua skim macam ni akan naik hingga klimaks. Bila dah sampai puncak, ia akan turun sendiri. Segalanya adalah faktor masa.

1. Dalam setiap komuniti, pasti ada golongan yang suka dengan skim ini dan ada yang tak suka. Ibarat sebuah dewan besar yang dapat memuatkan 1000 orang. Daripada 1000 orang ni 200 tak suka skim ni. Cuma 800 je suka. Yang 800 semua masuk secara beransur-ansur. Lambat-laun orang-orang terakhir daripada kalangan 800 orang kaki skim ini akan bertembung juga dengan geng-geng 200 orang yang tak suka ni. Boleh tuan-tuan bayangkan apa yang akan berlaku? Habih gitu je kan?

2. Dalam setiap penajaan atau ranting piramid yang dibentuk di bawah mana-mana kepala, pasti akan ada ahli yang tak aktif. Ini memakan masa sikit. Tapi tetap akan ada. Contoh, pada tingkat ketiga dalam skim piramid ada sorang tak aktif. Dah mati dan tak bergerak dah satu ranting. Tingkat keempat tetiba je ada 2 orang tak aktif. Lama-lama bilangan yang tak aktif ni bertambah ramai. Akhirnya…….

Semua orang nak hidup senang. Tidak ada jalan singkat. Carilah ilmu. Berdampinglah dengan orang-orang yang lebih berpengalaman. Sekian.

1 comment:

  1. Admin Tumpang Share...
    Main Simple Games Dan Dapatkan Duit Sebenar Dalam Matawang Euro. Klik Sini Panduan Cara Main Game Ini Dan Full Support Dari Saya

    ReplyDelete