Thursday 1 January 2015

Pelaburan Emas Gaya ETA ; Skim Cepat Kaya Atau Perniagaan?

Gambar sekadar hiasan

Artikel ini pernah dipos dalam blog ni. Tapi ada orang tak suka dan mempertikaikan sumber penulis… maka saya dengan rendah diri menarik semula artikel ini daripada disiarkan. Malas nak bertekak. Biar masa yang menjawabnya. Dan sekarang (bulan Disember 2014) masa telah menjawab bagi pihak saya. Skim pelaburan emas delay atau ETA tersungkur seluruhnya. Syabas kepada yang terbuka hati menerima nasihat dan kepada yang merasa teraniaya…. Jadikan ini sebagai iktibar dan pedoman kepada yang lain. Semoga kalian dapat bangkit kembali. Yang sudah tu … sudahlah.

Estimate Time of Arrival adalah istilah yang heboh diperkatakan di dalam dunia maya emas sekarang ini. Ianya diguna pakai untuk jual beli emas secara tangguh. Ada yang 3 hari, 7 hari. Ada juga sampai 30 hari atau lebih. Maksudnya... pembeli akan bayar tunai kepada penganjur dengan harga yang dipersetujui. Memang murah. Pernah cecah emas 916 dijual dengan harga RM109 segram!. Lepas tu tunggu je. Sampai je tarikh yang dijanjikan... pembeli akan dapat emas fizikal mereka. Pastu gadai. dapat modal pusingan. Join ETA lagi. Ulang beberapa kali sampai emas dah banyak. Pastu jual dengan harga semasa.

Macam mana boleh dapat murah? 

Penganjur bukan beli sikit-sikit. Deme pun bergerak secara berjemaah dengan penganjur-penganjur lain. Setiap penganjur ni pula ada berpuluh-puluh trusted dealer. Jadi, deme ni tak main le gram-gram dengan pihak pengilang. Sekali order berpuluh-puluh kilo! Di pihak pengilang dan pengimport pula..... bila pembeli membeli secara banyak-banyak, deme cepat le dapat untung. Barang cepat abih. Dah tu, stok dapat dikosongkan segera. Boleh le deme buat rolling seterusnya. Sebagai balasan dan imbalan.... pihak kilang menawarkan harga yang lebih murah kepada pembeli jenis ni. Katakan emas yang ditawarkan tu 1000 gram emas 999.9. Pastu convert kepada emas 916. Pasti beratnya sudah bertambah. Dah jadi 1084 gram. Kalau harga biasa emas 999 MKS sekitar RM125/g kalau convert ke 916 akan jadi RM114/g. Tu kalau pembeli biasa. Kalau beli banyak-banyak? Kira sendiri la....

Nota: Ini la yang dinyatakan oleh penganjur-penganjur dalam setiap ceramah mereka.

Atau ... penganjur ETA akan jual dengan harga diskaun. Katakanlah anda beli ETA30 dengan harga RM120/g, harga asal di kilang ialah RM128/g. Maknanya penganjur akan top up dengan duit diorang sebanyak RM8/g. Duit tu buat beli emas baru. Pastu gadai untuk dapatkan modal pusingan. Tambah stok lagi. Pastu jual le kat kedai emas sendiri ATAU dilabur semula dalam mana-mana skim di dalam atau di luar negara. Lagi lama anda menunggu... lagi lama diorang dapat manipulasi wang anda. Win win situation. Anda dapat emas murah..... penganjur pula dapat tambah stok emas dan buat keuntungan atas angin.

 Nota: Ini la yang orang tak tau dulu. Sekarang dah tau. "Kalau orang tak tau, macam mana you tau?". La... dah yang empunya badan citer sendiri... ter'tau' jugak la... sila join page group yang berkaitan. Jangan sibuk pulak dalam tu. Perati je. Nanti kena tendang.

Masalah mungkin timbul jika penganjur takde stok penimbal. Jenis guna air liur je atau kaki tumpang gambar orang lain. Atau paling digeruni… ‘program atas program’. Iaitu, sesape yang dah rasa pandai sikit dan cuba anjur ETA sendiri. Dalam masa yang sama… dia sendiri pun bernaung dengan program penganjur asal. Paling parah lagi kalau penganjur sendiri mengharapkan pihak ketiga untuk manipulasi duit atau emas. Akhirnya… akan wujudlah satu struktur seperti piramid terbalik atau puncaknya berada di bawah. Kalaulah apa-apa berlaku kepada penganjur yang berada di puncak paling bawah tadi seperti kena tangkap atau lari, maka keseluruhan program akan TERSONTOT.

ISU

1. Boleh percaya ke?

Ada yang ok... ada juga kaki ngelat. Yang penting jangan main terjah je. Tengok track record penganjur. Penah ada isu tak? Nak selamat... minta kawan-kawan yang berpengalaman rekemenkan. Nak selamat lagi? Beli je emas secara cash. Beri duit dapat emas.

(Nota: Apa yang saya tahu … pada bulan september 2014, berlakulah tsunami emas delay yang menyaksikan ramai penganjur, ejen dan peserta yang tersungkur)

2. Halal ke?

Kalau nak halal… pastikan TIDAK BERLAKU yang ni…

Duit anda dirolling dan dijadikan modal pusingan. Barang memang dah ada sejak awal lagi tapi sesaje tangguh serah sebab nak rolling lagi. Tokey dah untung berganda.

Atau yang ini…  Riba


Salah satu Riba yang melibatkan emas dan lain-lain barang ribawi ialah riba an-nasii ah. Iaitu penangguhan penyerahan salah satu item ribawi sama ada harga atau barang.

No comments:

Post a Comment