Assalamualaikum wbt… Sedang mencari-cari kelainan di hari
bahagia anda? Apakah mas kahwin atau mahar yang sesuai? Yang melambangkan cinta
abadi anda? Mahu saya cadangkan yang terbaik? Ya… Dinar Syifa jawapannya. Dinar
Emas Syifa keluaran GSR dengan ketulenan emas 917 pasti mengujakan. Sangat sesuai
kepada pasangan bahagia yang bakal mendirikan rumahtangga untuk memilihnya
sebagai mas kahwin. Pasti esklusif. Direka khas oleh GSR supaya menepati
ciri-ciri pemberian atau hadiah kasih sayang sepanjang hayat.
Bukan sahaja esklusif, malah ia juga pilihan tepat dan
terbaik bagi menggantikan duit kertas.
Mas kahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami
kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
"
Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka ". ( Surah
An-Nisaa' - Ayat 4 )
Ia juga boleh dianggap sebagai hadiah kepada isteri yang kini
bakal menjadi pasangannya. Sekiranya wang hantaran telah diserahkan kepada
pihak isteri, maka terpulang kepada isteri untuk membelanjakannya.
Foto; kredit kepada shahdinar.com
Pemberian mas kahwin atau mahar adalah lambang kesungguhan
suami terhadap isteri. Selain itu ianya mencerminkan kasih sayang dan kesediaan
suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah
tangga dan keluarga. Ia juga merupakan penghormatan seorang suami terhadap
isteri.
Dinar Emas Syifa…. Semakin lama disimpan.. semakin tinggi
nilainya.
No comments:
Post a Comment