Di akhir zaman ni… kalau ada
sapa-sapa yang tak mau guna wang kertas, orang tu wajib tinggal di pulau
terpencil sorang-sorang. Nampak tak? Macam mana sekeping wang kertas
berwarna-warni mampu menguasai kehidupan manusia seluruhnya.
Apa bende wang kertas ni? Yang biasa
kita panggil note. Wang yang lahir dengan kembar yang bernama riba dan inflasi.
Sejarah mencatatkan bahawa antara
wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan dalam
empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab.
Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang
lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kerajaan Melayu Melaka pada kurun
ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.
Namun, penggunaannya berakhir pada
1924 berikut runtuhnya khalifah Islam terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang
berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang
bersandarkan emas.
Selepas perang dunia pertama WWI,
dunia dilanda krisis ekonomi. Wang dah habis dibelanjakan dalam peperangan. Pemimpin-pemimpin
negara terlibat mula berfikir bagaimana nak meneruskan survival dalam keadaan
gawat ini.
Kemuncaknya, pada tahun 1944, muncul
pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang
bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar
Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu
auns emas. Nampak sangat krisis yang sengaja dicipta untuk memberikan
kekayaan kepada bank.
Negara-negara dunia tidak lagi
menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum
ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International
Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan.
Seterusnya pada 1971, kerajaan
Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam
dan masalah defisit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung
kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga.
Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain
memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika
masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan
sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.
Namun Amerika licik bertindak dengan
memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak
secara unilateral untuk menguburkan sistem piawaian emas. Selepas 15
ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran
tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi
matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara
bebas mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab.
Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi
wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa yang ada
di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti
mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).
Nilai yang dicetak
di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan
kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya
bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya.
Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak
semesti menunaikan ‘janji’ itu.
Wang kertas digelar fiat kerana ia
bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin
nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas
ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang dipaksa nilai ke atasnya dan diterima
pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar
kepercayaan terhadapnya. Kepercayaan semata-mata. Itu sahaja. Sekiranya di
suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia
tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.
Zimbabwe menjadi bukti kerapuhan wang fiat
Sejarah membuktikan bahawa dalam
peperangan, mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang
kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara
membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar
generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit
Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan
beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang
lama yang pernah melalui pengalaman buruk itu.
Apabila semakin banyak wang dicetak,
nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat
pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak
memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun
yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak
pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu,
seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama
dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu
menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi
iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.
Selain wang kertas, wang fiat juga
merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang
dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini
tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh
speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.
No comments:
Post a Comment