Sunday 30 March 2014

Panduan Merisik, Meminang, Bertunang dan Nikah


           

                  Ingin meminang seseorang untuk dijadikan teman hidup? Atau anda sudah punya buah hati untuk disunting hatinya? Atau anda telah diamanahkan sebagai wakil untuk meminang seseorang? Atau anda diminta untuk menerima dan menyambut rombongan meminang? Kira jadi orang tua la. Adakah anda telah bersedia? Pastinya mula-mula sekali anda terbayangkan aksesori wajib untuk majlis pinang meminang atau nikah kahwin….. cincin.

            Ya, cincin. Cincin memainkan peranan penting dalam majlis perkahwinan. Berbanding aksesori lain, cincin bagaikan ‘kepala’ sama ada dalam adat pertunangan mahupun perkahwinan. Malah, bagi adat merisik, hanya cukup membawa sebentuk cincin sebagai tanda hasrat hati untuk menyunting gadis idaman.


            Begitu juga dengan majlis pertunangan. Seseorang gadis itu ditanda sebagai tunangan orang apabila cincin tunang sudah berada di jari manis. Malah, dalam adat istiadat melayu, bagi acara pernikahan, adat menyarung cincin bagaikan satu kemestian dilakukan walaupun hanya akad diwajibkan.

            Begitu pun sejak kebelakangan ini, ada pasangan yang inginkan kelainan dengan menggunakan barang kemas lain seperti gelang tangan dan rantai leher atau DINAR berbanding cincin pada upacara pernikahan mungkin kerana cincin sudah diberikan pada majlis merisik dan pertunangan.

Kredit kepada Pak Long. Sahabat dan guru saya. Selamat menerima menantu


            Bagaimanapun, kuasa cincin dalam majlis perkahwinan tetap relevan. Tidak semua yang menggantikan cincin dengan barang kemas lain terutama mereka yang berpegang teguh kepada adat istiadat setempat.

            Saya ingin berkongsi pengalaman saya meminang dan menerima rombongan peminangan bagi pihak anak-anak saudara sama ada lelaki atau perempuan. Pertama sekali tuan-tuan perlu faham istilah-istilah berikut dan buat ikut prosedur. Yelah… dah nak ambik anak dara orang, biar le beradab sikit:

Ya…. memang dalam Islam hanya ada meminang, akad nikah dan walimah je. Tapi apa yang dibuat oleh orang-orang tua kita tidak bertentangan dengan syarak kecuali part-part yang melampau. Jadi tidak salah untuk diikut mana-mana yang munasabah.

MERISIK
           
            Merisik ialah satu usaha yang dilakukan oleh pihak lelaki. Lazimnya ahli keluarga paling dekat seperti bapa/ibu saudara atau mak bapak sendiri. Tak perlu ramai-ramai. Alaa… macam jalan-jalan biasa je. Tapi telefon la dulu. Jangan main redah je. Antara isi perbincangan ialah pihak lelaki menanyakan sama ada si gadis yang akan dipinang nanti masih belum berpunya atau dah ada ura-ura nak terima pinangan orang lain. Tanya betul-betul sebab budak-budak zaman sekarang selalunya dah ada buah hati sendiri. Kalau dah memang diorang dah sama-sama berkenan tak jadi masalah. Kot bapaknye yang tak tau. Nanti terkejut pulak tetiba je datang minang. Karang kena perambat naya je. Tu pasal la kena merisik dulu.

            Selalunya tuan-tuan akan disoal. Soalannya pula adalah soalan maut lagi berbisa. Jangan terasa ye. Dah memang hak dia untuk bertanya. Jawab le dengan jujur.
“anak keje apa? Lawyer? Majistret?”….. “ngaji kat mana?”….. “hantaran orang sini tinggi. Boleh ka?”

Kalau pihak perempuan tak setuju, selalunya ayat-ayat ni akan keluar. Harap tuan-tuan faham. Jangan dok tanya soalan bodoh pula.

“Anak saya ni kecik lagi” (walaupun tak munasabah dengan rupanya)

“Anak saya ni…. masak nasik pun tak reti lagi” (jangan dok gatei cakap rice cooker ada)

“Cadangnya nak suruh dia mengaji lagi” (walaupun SPM dia kantoi)

Kalau pihak perempuan setuju. Ayat ni akan keluar,

“kecik tapak tangan…. nyiru kami tadahkan”

“bagi kami… takde halanganlah”

Okey, settle. Boleh bagi CINCIN tanda jadi sebentuk. Kalau nak bagi la. Bukan wajib pun. Tetapkan tarikh meminang.




MEMINANG

            Meminang ialah suatu majlis pihak lelaki menyatakan hasrat untuk mengambil anak gadis tuan rumah untuk dijadikan isteri atau menantu. Rombongannya agak sederhana. Belum sesuai diwarwarkan kepada umum. Peminangan dianggap berjaya bila pihak perempuan menerima pinangan lelaki. Ianya terbahagi kepada 6 peringkat utama.

1. Buka majlis
i.           Pihak perempuan membuka majlis dengan memberi salam dan surah al-fatihah.
ii.         Perkenalkan ahli keluarga terdekat yang turut serta.
iii.       Persilakan pihak lelaki untuk kenalkan diri dan nyatakan hajat. (buat-buat tak tau pulak)

2. Meminang
i.           Pihak lelaki kenalkan diri dan nyatakan hajat nak meminang dan sekaligus melangsungkan majlis pertunangan/bertunang.
ii.         Pihak perempuan akan beri laluan.
iii.       Pihak lelaki akan letakkan cincin tunang…. “saya bapa saudara dan wakil kepada anak saudara saya ingin meminang anak gadis tuan untuk dijadikan isteri dan teman hidup kepada anak saudara saya dan juga sebagai menantu kami”
iv.       Wakil pihak perempuan akan ambil cincin tu dan serah kepada bapak si gadis.
v.         “Saya terima peminangan ini”. Alhamdulillah. Zaman sekarang ikut skrip je. Dulu lain la… memang saspen. Tak tau terima ke tidak.

3. Tetap belanja

Hantaran belanja dan mas kahwin ditetapkan termasuk masa perlu diserah.

Antara istilah untuk hantaran belanja ni yang pernah saya jumpa:
i.           Sekali cakap (Kedah)   : nilai hantaran dah tak boleh runding
ii.         Dua kali cakap               : boleh runding lagi
iii.       Belanja hangus (Perak) : kos kenduri di rumah pengantin perempuan
iv.       Serba satu                        : set pakaian lengkap satu tubuh.
v.         Serba berdiri                   : set barang kemas lengkap satu tubuh.

4. Hal-hal lain
Bincanglah apa-apa patut. Tarikh kenduri ke atau jumlah dulang dan lain-lain yang dirasakan perlu.

5. Penutup

Ulasan dan peringatan isi majlis meminang dan bacaan doa selamat. Pihak perempuan yang baca dan buat conclusion. Jangan silap.

6. Makan

Yang ni tak payah cerita.


BERTUNANG

1. Majlis perisytiharan bahawa si gadis adalah tunangan orang mulai detik itu. Jangan sapa-sapa kacau dah.
2. Cincin tunang akan disarung.
3. Bertukar-tukar hadiah. Biasanya berbentuk manisan bukan pakaian.

Nota: biasanya majlis bertunang dijalankan sejurus selepas majlis meminang. Bertunang adalah tempoh persediaan untuk melangsungkan perkahwinan. Masa inilah nak siapkan duit serba sikit, cari keperluan, booking naib kadhi dan sebagainya. Jadi, amat tidak munasabah jika ada yang melangsungkan majlis bertunang beberapa minit sebelum akad nikah. Atas alasan masa meminang dulu tak buat majlis bertunang. Contoh, bertunang (sarung cincin) pagi. Akad nikahnya pula malam tu. Mengapa membazir dan disusahkan perkara yang senang? Yang tidak perlu.


AKAD NIKAH

1.    Istilah syarak : Akad yang menghalalkan hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan.
2.    Dilaksanakan oleh wali atau wakil wali (tok naib kadhi) setelah dilafaz akad wakalah.
3.    Selesaikan mas kahwin sebelum akad nikah.
4.    Bayaran mas kahwin menggunakan cek adalah HUTANG.
5.  Duit elaun tok kadhi yang nikahkan pengantin dibayar oleh pihak lelaki. Confirmkan dulu jumlahnya.
6.    Buat kat rumah je. Tak payah kat mesjid.


SELAMAT PENGANTIN BARU
NAK DINAR ATAU CINCIN?
SMS atau WASSAP SAYA 017-4661562

18 comments:

  1. Adat Bertunang
    http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/07/adat-bertunang.html

    ReplyDelete
  2. Thanks... info sgt bagus...

    ReplyDelete
  3. Thanks...
    infonya sangat bagus dan membantu..

    ReplyDelete
  4. fuh.. naseb ade info ni.. ppuan buat hal.. tetibe suh masuk minang..haih

    ReplyDelete
  5. Nak tnya kalau kira terus masuk meminang.. Nak kena bawak cincin satu ke dua?? Sebb mak pihak perempuan kata nnti dua cincin ya bawak sekali cincin merisik 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab takde merisik . so masa bertunang bawak dua cincin .. satu cincin risik satu lagi cincin tunang .. biasa cincin risik tu cincin belah rotan

      Delete
  6. Adakah satu ketetapan, hanya cincin sahaja sbgi simbolik pertunangan, rantai/rantai tangan dll tidak boleh?

    ReplyDelete