Sunday, 25 January 2015

BAHANA SKIM CEPAT KAYA MANIPULASI EMAS

Apa yang dah berlaku... pastinya dah berlaku. Tiada apa yang dapat dilakukan. 


Kepada teman-teman yang belum terkena atau nyaris-nyaris terkena... bersyukurlah. Kalian masih punya akal yang waras. Yang tak mudah tergoda dengan syoknye kaya cepat.


Kepada yang dah terkena...... sabarlah. Jangan dilayan perasaan tu. Bangkitlah kembali. Barangkali kalian akan lebih berjaya selepas ini.

Kepada yang sibuk nak baca yasin, jumpa bomoh dan sebagainya semata-mata nak minta agar pengelola dapat bala.... pikir dulu dosa pahalanya... kalian bukan mangsa. Tapi kalian sebenarnya kalah berperang. Kalah perang? Ya... kalah berperang. So, jangan nak salahkan sapa-sapa. Sebab Allah dah Isytihar Perang Terhadap Pemakan Riba

Surah Al-Baqarah ayat 279 "Maka jika kamu tidak melakukan (perintah tinggalkan riba itu)maka ketahuilah Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu. Kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. 
Bagaimana skim ini terlibat riba? baca sini
Kalau kalian nak tahu sebab apa riba diharamkan? Sebab ianya mengandungi aspek-aspek penindasan. Sama ada disedari atau tidak. Kesannya amat dahsyat lagi mengerikan. Boleh tengok satu-satu di bawah ni.....











Thursday, 1 January 2015

Pelaburan Emas Gaya ETA ; Skim Cepat Kaya Atau Perniagaan?

Gambar sekadar hiasan

Artikel ini pernah dipos dalam blog ni. Tapi ada orang tak suka dan mempertikaikan sumber penulis… maka saya dengan rendah diri menarik semula artikel ini daripada disiarkan. Malas nak bertekak. Biar masa yang menjawabnya. Dan sekarang (bulan Disember 2014) masa telah menjawab bagi pihak saya. Skim pelaburan emas delay atau ETA tersungkur seluruhnya. Syabas kepada yang terbuka hati menerima nasihat dan kepada yang merasa teraniaya…. Jadikan ini sebagai iktibar dan pedoman kepada yang lain. Semoga kalian dapat bangkit kembali. Yang sudah tu … sudahlah.

Estimate Time of Arrival adalah istilah yang heboh diperkatakan di dalam dunia maya emas sekarang ini. Ianya diguna pakai untuk jual beli emas secara tangguh. Ada yang 3 hari, 7 hari. Ada juga sampai 30 hari atau lebih. Maksudnya... pembeli akan bayar tunai kepada penganjur dengan harga yang dipersetujui. Memang murah. Pernah cecah emas 916 dijual dengan harga RM109 segram!. Lepas tu tunggu je. Sampai je tarikh yang dijanjikan... pembeli akan dapat emas fizikal mereka. Pastu gadai. dapat modal pusingan. Join ETA lagi. Ulang beberapa kali sampai emas dah banyak. Pastu jual dengan harga semasa.

Macam mana boleh dapat murah? 

Penganjur bukan beli sikit-sikit. Deme pun bergerak secara berjemaah dengan penganjur-penganjur lain. Setiap penganjur ni pula ada berpuluh-puluh trusted dealer. Jadi, deme ni tak main le gram-gram dengan pihak pengilang. Sekali order berpuluh-puluh kilo! Di pihak pengilang dan pengimport pula..... bila pembeli membeli secara banyak-banyak, deme cepat le dapat untung. Barang cepat abih. Dah tu, stok dapat dikosongkan segera. Boleh le deme buat rolling seterusnya. Sebagai balasan dan imbalan.... pihak kilang menawarkan harga yang lebih murah kepada pembeli jenis ni. Katakan emas yang ditawarkan tu 1000 gram emas 999.9. Pastu convert kepada emas 916. Pasti beratnya sudah bertambah. Dah jadi 1084 gram. Kalau harga biasa emas 999 MKS sekitar RM125/g kalau convert ke 916 akan jadi RM114/g. Tu kalau pembeli biasa. Kalau beli banyak-banyak? Kira sendiri la....

Nota: Ini la yang dinyatakan oleh penganjur-penganjur dalam setiap ceramah mereka.

Atau ... penganjur ETA akan jual dengan harga diskaun. Katakanlah anda beli ETA30 dengan harga RM120/g, harga asal di kilang ialah RM128/g. Maknanya penganjur akan top up dengan duit diorang sebanyak RM8/g. Duit tu buat beli emas baru. Pastu gadai untuk dapatkan modal pusingan. Tambah stok lagi. Pastu jual le kat kedai emas sendiri ATAU dilabur semula dalam mana-mana skim di dalam atau di luar negara. Lagi lama anda menunggu... lagi lama diorang dapat manipulasi wang anda. Win win situation. Anda dapat emas murah..... penganjur pula dapat tambah stok emas dan buat keuntungan atas angin.

 Nota: Ini la yang orang tak tau dulu. Sekarang dah tau. "Kalau orang tak tau, macam mana you tau?". La... dah yang empunya badan citer sendiri... ter'tau' jugak la... sila join page group yang berkaitan. Jangan sibuk pulak dalam tu. Perati je. Nanti kena tendang.

Masalah mungkin timbul jika penganjur takde stok penimbal. Jenis guna air liur je atau kaki tumpang gambar orang lain. Atau paling digeruni… ‘program atas program’. Iaitu, sesape yang dah rasa pandai sikit dan cuba anjur ETA sendiri. Dalam masa yang sama… dia sendiri pun bernaung dengan program penganjur asal. Paling parah lagi kalau penganjur sendiri mengharapkan pihak ketiga untuk manipulasi duit atau emas. Akhirnya… akan wujudlah satu struktur seperti piramid terbalik atau puncaknya berada di bawah. Kalaulah apa-apa berlaku kepada penganjur yang berada di puncak paling bawah tadi seperti kena tangkap atau lari, maka keseluruhan program akan TERSONTOT.

ISU

1. Boleh percaya ke?

Ada yang ok... ada juga kaki ngelat. Yang penting jangan main terjah je. Tengok track record penganjur. Penah ada isu tak? Nak selamat... minta kawan-kawan yang berpengalaman rekemenkan. Nak selamat lagi? Beli je emas secara cash. Beri duit dapat emas.

(Nota: Apa yang saya tahu … pada bulan september 2014, berlakulah tsunami emas delay yang menyaksikan ramai penganjur, ejen dan peserta yang tersungkur)

2. Halal ke?

Kalau nak halal… pastikan TIDAK BERLAKU yang ni…

Duit anda dirolling dan dijadikan modal pusingan. Barang memang dah ada sejak awal lagi tapi sesaje tangguh serah sebab nak rolling lagi. Tokey dah untung berganda.

Atau yang ini…  Riba


Salah satu Riba yang melibatkan emas dan lain-lain barang ribawi ialah riba an-nasii ah. Iaitu penangguhan penyerahan salah satu item ribawi sama ada harga atau barang.

Friday, 19 December 2014

Untung ke cari modal dengan Ar-Rahnu?


Ramai orang tak perasan. Kalau dilihat sepintas lalu... kita akan dapati kadar keuntungan yang diambil adalah berdasarkan berat barang kemas. Tapi... kalau dilihat secara mikro, ianya seolah-olah pinjaman dengan kadar keuntungan sebanyak 14.6% setahun ... wow!!! Ye laa. Dah pinjam RM3680. Pastu bayar RM537 setahun. Bukan ke 14.6% tu? Jadi... kalau nak jadikan ar-rahnu sebagai sumber tunai untuk modal pusingan, pastikan anda tebus dalam masa kurang dari 5 bulan. Kalau lebih.... memang tak ke mana la. Baik guna kad kredit.

Wednesday, 15 October 2014

KUTU EMAS : ADAKAH RIBA?



Baru-baru ini teman menerima teguran daripada seorang teman yang menyangka teman ni terlibat dalam jual-beli emas secara tangguh menerusi program kutu. Maksudnya... teman terlibat la dengan riba al-nasiiah. iaitu penangguhan penyerahan salah satu saripada 2 jenis item ribawi. Pertama sekali saya ucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana ada juga sahabat-sahabat yang prihatin yang tidak mahu melihat saudaranya berada di bibir jurang api neraka.
Cuma yang perlu teman jelaskan di sini ialah program yang dibuat hanya menggunapakai istilah kutu sekadar untuk memudahkan orang awam memahami konteks keseluruhan. Penjelasan lanjut dijelaskan di dalam group. Teman dedahkan di sini sebagai perkongsian kaedah jual beli yang diguna pakai :........

1. WADHIAH (jika ahli tidak mencukupi)
    - Ahli akan memberi wang sebagai amanah kepada teman sikit-sikit selama 2 atau 3 bulan (BUKAN    
       ambil deposit)
   - Wang itu bersifat wadhiah sepenuhnya mengikut syarat-syarat dalam mazhab Syafie
   - Teman tidak akan guna wang itu sebagai pendahuluan atau rolling pada perkara-perkara lain.
   - Cukup je duit... terus order.

2. AL-MURABAHAH (jika barang murah)
    - Teman beli dulu guna duit sendiri secara tunai.
    - Ahli akan beli daripada teman secara tunai ataupun pinjaman pihak ketiga.

3. PINJAMAN PIHAK KETIGA (macam kad kredit)
    - Ahli setuju untuk meminjamkan sejumlah wang kepada peserta bagi tujuan pembelian emas melalui wakil        syarikat.
    - Berlaku jual beli secara tunai.
    - Hutang atau pinjaman adalah dengan pihak ketiga.
    - Tidak berlaku situasi hutang dijanji hutang atau "aqridhni aqridhuka" atau "kalau ngko kasi pinjam sama          saya... nanti saya pinjamkan ngko duit". Sebab, semua peserta akan dapat emas pada bulan terakhir.
       Jadi, sape-sape pun boleh tinggalkan group bila-bila masa tanpa paksaan. cuma... kalau anda dah beri
       hutang kepada orang, anda berhak mendapat bayaran dan sebaliknya.
    - Tidak berlaku kutu yang salah di sisi undang-undang sebab peserta mendapat barang. bukannya wang  
       tunai.

Sekian.

Sunday, 5 October 2014

KUTU EMAS SIRI 2

Berdasarkan kejayaan dan kepercayaan pelanggan dengan Kutu Emas Siri 1... maka saya ingin melancarkan pula Kutu Emas Siri 2. Item ditambah lagi 1 menjadikannya 2 item. Iaitu cincin emas 919 Rafflesia dan cincin emas 916 budget 1 gram. Saya menawarkan pakej-pakej seperti berikut :

PAKEJ A : CINCIN EMAS 916 RAFLESIA
A1 : - 2 bulan
        - bermula gaji bulan Oktober 2014 dan berakhir pada gaji bulan November 2014
        - bayaran bulanan sebanyak RM208 termasuk kos penghantaran
        - bayaran bulan kedua akan dinilai berdasarkan harga semasa. Kalau turun... turun la. Kalau                           naik... naik le tetapi dijamin tidak melebihi RM212
        - bulan kedua (November 2014) dapat cincin sekali dengan akad jual beli
** Rebat tunai akan diberi jika ada penurunan harga emas berdasarkan purata bayaran bulanan

A2 :  - 3 bulan
        - bermula gaji bulan Oktober 2014 dan berakhir pada gaji bulan Disember 2014
        - bayaran bulanan sebanyak RM139 termasuk kos penghantaran
        - bayaran bulan kedua dan ketiga akan dinilai berdasarkan harga semasa. Kalau turun... turun la. Kalau            naik... naik le tetapi dijamin tidak melebihi RM143
        - bulan ketiga (Disember 2014) dapat cincin sekali dengan akad jual beli
** Rebat tunai akan diberi jika ada penurunan harga emas berdasarkan purata bayaran bulanan






PAKEJ B : CINCIN EMAS 916 BELAH ROTAN
        - 2 bulan
        - bermula gaji bulan Oktober 2014 dan berakhir pada gaji bulan November 2014
        - bayaran bulan pertama sebanyak RM81 termasuk kos penghantaran
        - bayaran bulan kedua akan dinilai berdasarkan harga semasa. Kalau turun... turun la. Kalau                            naik... naik le tetapi dijamin tidak melebihi RM84
        - bulan kedua (November 2014) dapat cincin sekali dengan akad jual beli
** Rebat tunai akan diberi jika ada penurunan harga emas berdasarkan purata bayaran bulanan



Kutu hanya sebagai istilah yang mudah difahami. Jual beli sebenar berdasarkan muamalat al-murabahah

Berminat? Sila SMS atau wassap 017-4661562 atau pm inbox di sini 

Sunday, 28 September 2014

BAGAIMANA DAN APA FAEDAH MENYIMPAN EMAS FIZIKAL?


1.      Tukar bentuk dari wang kertas ke bentuk emas fizikal. Pada zahirnya nampak macam beli
2.      Selamatkan dan simpan nilai wang anda dengan simpanan emas, ianya tidak terjejas dengan kesan INFLASI.…
3.      Dari zaman Rasulullah saw hingga kini 1 dinar atau 2 dinar boleh membeli seekor kambing. Hmmm.. Betapa kecilnya duit kertas bila ditelan inflasi.
4.      Dulu-dulu belanja sekolah lima posen je sehari. Tapi sekarang, RM2.00 baru cukup untuk beli makanan waktu rehat! Itupun kalau sekolah kat kampung.
5.      Jadi….  ambil langkah bijak dengan mempelbagaikan simpanan anda. simpanan cair dan beku.
6.      Jadikan emas sebagai salah satu simpanan anda selain wang kertas.
7.      Emas tahan inflasi. Tak perlu takut pada kegawatan ekonomi. Ia tetap laku di mana sahaja seluruh dunia pada bila-bila masa.

8.      Ianya juga adalah aset yang sangat mudah dicairkan, sama seperti duit juga. Mudah cakap… nilai wang anda selamat jika anda menyimpan logam berharga ini.



Friday, 19 September 2014

Kepelbagaian Pandangan Ulama Tentang Jual Beli Emas; Adakah ianya khilaf?


Salah satu Riba yang melibatkan emas dan lain-lain barang ribawi ialah riba al-nasiiah dan al-yad. Iaitu penangguhan penyerahan salah satu item ribawi sama ada harga atau barang.
Berlaku khilaf di kalangan ulama fiqh. Sama ada di kalangan ulama silam atau sesama ulama kontemporari.

Pandangan Pertama
Mengharamkan secara mutlak sebagaimana yang tercatat dalam sirah. Gabenor Syam iaitu Muawiyah bin Abi Sufyan mengecualikan emas perhiasan daripada kategori barang ribawi. Bila Khalifah Umar bin Al-Khattab mengetahuinya... baginda meminta fatwa itu ditarik balik. Pandangan pihak yang menerima fatwa ini ialah emas adalah barang ribawi. Tak kira dalam apa bentuk sekali pun. Ini adalah pandangan khalifah Umar yang memang punya authority untuk mengeluarkan fatwa dan hukum. Pandangannya juga tidak dibantah oleh para sahabat nabi yang lain. Malah mereka mempertahankannya. Maka berlakulah ijmak sahabi.

Pandangan Kedua
Pandangan yang diguna pakai dan menjadi fatwa rasmi kerajaan Malaysia ialah .... hanya emas jongkong dan dinar yang mempunyai 'ilah ribawi kerana fungsinya sebagai matawang. Manakala barang-barang kemas terkeluar daripada 'ilah ini. di bawah tajuk perimeter syariah pelaburan emas. Baca di sini.

Asas kepada pandangan ini ialah pandangan Garbenor (Khalifah kemudiannya) Muawiyah yang memang lebih arif tentang selok-belok perniagaan. Dan juga pandangan Ibnu Taimiyyah dan muridnya Ibnu Al-Qayyim. Walaupun ada yang tidak bersetuju dengan perjalanan hidup Ibnu Taimiyyah, namun yang dilihat ialah kaedah beliau meng’istinbat’ hukum. Barang kemas dikira sebagai barang siap… komoditi yang diperdagangkan sama seperti kereta … motosikal dan sebagainya.

Begitu juga pandangan Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi. Menurut beliau… emas perhiasan terkeluar daripada item ribawi. Bukanlah kerana tiada riba padanya. Tapi kerana faktor ‘umum al-balw’ (maksiat yang sukar dihindar).

Pandangan pihak yang menerima fatwa ini ialah riba boleh berlaku jika melibatkan jual beli emas jongkong atau dinar sebab fungsinya sebagai  maawang. Sekiranya hanya melibatkan barang kemas... tidak berlaku riba.


Pandangan Ketiga
Riba hanya berlaku jika ianya melibatkan pertukaran emas dengan emas. Jika emas dengan kertas (wang fiat) tidak berlaku riba sebab kertas bukan barang ribawi. Golongan ini menerima wang fiat sebagai  'ilah laku ditukar dengan barangan je. Yang lain takde. Kalau dulu memang ya.... duit mewakili emas yang disimpan sebagai rizab. Tetapi selepas tahun 1971, wang kertas dipisahkan terus daripada emas. Ia diapungkan mengikut pasaran. Nilai yang ada padanya adalah nilai yang dipaksakan. Bukan nilai intrinsik. Kalau koyak atau hangus langsung tak laku. Duit Bhat atau Rupiah.... boleh ke buat beli emas di sini? Memang tak boleh. Wang Fiat setaraf dengan duit kulit siput pada masa dahulu. Penjelasan lanjut di sini.
Pihak yang berpegang dengan pandangan ini tidak menerima wang kertas sebagai item ribawi atau matawang yang dikiaskan kepada emas.

Setelah diteliti…. Hanya sedikit ulama yang berpandangan begini. Itupun atas kapasiti peribadi. Bukan atas pertubuhan yang bersifat akademik atau yang diberi authority mengeluarkan hukum.

Adab bila berlaku khilaf ialah kita berlapang dada dan cuba mencari pandangan dan hujah yang menghampiri sunnah.


Dengan rendah diri... penulis menghormati pandangan semua hujah-hujah di atas. Bukan calang-calang orang yang mengeluarkan pandangan tu. Namun, pandangan yang dipegang adalah sebagaimana yang ditetapkan oleh JAKIM. Tanpa mengurangkan penghormatan kepada tokoh-tokoh yang mempunyai pandangan berbeza. Sekian.