Saturday, 29 June 2013

Hadith daif paling popular tentang emas



Terdapat ramai orang yang kurang cermat ketika menyampaikan hadis-hadis Rasulullah. Mereka tidak mengikut disiplin yang sepatutnya. Hadith menyimpan emas merupakan salah satunya. Cukup popular di blog-blog peniaga emas. Tak penah nampak pulak kat kedai-kedai emas biasa. Cerita ini bersandarkan hadis berikut:
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan, “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham."
(Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

Ulama hadis menyebut apabila ada hadis dilaporkan oleh Abu Bakar Ibn Abi Maryam (perawi) maka status hadis tersebut adalah lemah (dhaif) kerana perawi tersebut tidak kuat ingatannya. Dalam disiplin ilmu hadis, seorang perawi hadis wajib mempunyai ingatan yang kuat bagi membolehkan hadis tersebut mencapai autoriti sahih dan hasan. Hadis dhaif tidak boleh dijadikan hujah untuk mengeluarkan hukum. Justeru, hadis ini tidak boleh digunakan melainkan ada autoriti Quran dan Hadis sahih / hasan yang menyebut tentang perkara yang sama.

Wujud pihak yang menggunakan hadis ini untuk melariskan jualan emas dan perak dengan memberitahu Rasulullah saw menyuruh kita menyimpan dinar dan dirham. Sedangkan ada ayat Quran dan hadis lain yang lebih kuat autoritinya yang menyebut sebaliknya. Antaranya:

“Dan (ingatlah) orang -orang yang menyimpan emas dan perak (duit) serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (at-Taubah: 34)

“Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.”

(Hadis status Hasan direkodkan oleh Imam Ahmad, Imam Tarmizi, Imam Abu Daud & Imam Ibnu Majah).

Maka nak simpan emas pun boleh. Harus hukumnya. Tak nak simpan pun tak mengapa. Takde sape nak marah. Tapi elok le menyimpan emas berbanding kertas yang takde nilai. Isu di sini ialah KEWAJARAN menggunakan hadis ini sewenang-wenangnya tanpa menyatakan STATUSNYA. Nak sebut.... sebutlah. Tapi nyatakan status hadis tadi yang dhaif. Sekurang-kurangnya pendengar atau pembaca tahu bahawa hadis ini tidak boleh dijadikan hujah. Seperkara lagi.... walaupun hadis dhaif (selagi BUKAN hadis tersangat dhaif atau hadis MAUDHU' - palsu), ianya tetap hadis. Cuma sanad dan rawinya tidak mencapai taraf hasan atau sahih

8 comments:

  1. Apabila di lihat keadaan matawang dunia dan ekonominya maka emas adalah simpanan terbaik utk menjamin kemaslahatan umat. Ia suci dari unsur riba. Cuma jgn lupa bayar zakat bila cukup haul. Wallahualam

    ReplyDelete
  2. tidak menjadi kesalahan menyimpan emas dan perak asalkan membayar zakat.. beri sebahagian kepada yang berhak.

    ReplyDelete
  3. Bilalah tak ada harta asal jangan tak ada ilmu.Nabi saw dah bagi hit ilmu yang dibawa ke akhirat bukan harta.Jika hadist tersebut sahih,maka ramailah berlumba-lumba mengumpul emas,tapi hakikatnya ia daif,dan hadist ini jika sahih statusnya,akan bertembung pula dengan satu lagi hadist sahih yang mana harga kepala sapi lebih bernilai berbanding 100 dinar,bila itu berlaku,maka ramailah yang akan mempertikaikan mengapa nabi saw bersabda demikian iaitu simpanlah dinar tapi kepala sapi lebih bernilai pula,bila dua kali check balik,rupanya hadist itu daif,dan memang tidak boleh dijadikan hujah.

    bagi mereka yang ambil berat,mereka akan selidik dengan lebih cermat,jika mereka ambil sikap acuh tak acuh,maka diri mereka sendirilah yang menangungnya bukan nabi saw.Dan dari mana mereka mendengarnya,dari mana mereka dapatkanya,merekalah yang tanggung dan nabi saw tidak akan menangung perbuatan melulu mereka.wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hadis tu merujuk nilai sapi kepada kaum musuh Nabi Isa dan para sahabat.

      Delete
  4. Saya memahami hadits di atas bukan untuk perorangan atau indipidu manusia tpi lebih kpada sebuah system ekinomi yg di kelola oleh pemerintahan islam atau kekhilafahan

    ReplyDelete
  5. Selagi umat menggunakan wang fiat kertas riba tidak menggunakan sandaran emas maka selagi itu umat islam ditindas, diperangi dan dihimpit kemiskinan oleh kapalist dajal yg sewenang wenang meletak mata wang negara islam nilai sesuka hati mereka. Beli tenaga buruh, bahan mentah dgn harga murah tak menusabah.Tgk ajr penipuan mereka memaksa penggunaan dollar utk membeli minyak sdg kan amerika shj boleh mencetak wang dollar sesuka hati mereka dan sewenang nya menaikkan defisit x masuk akal hingga lebih 20 trillion sdg kan america x punye emas sebyk itu. Sbb itu wujud BRiCs kembali pd sandaran emas. Tgk ajr nilai ringgit menjunam terus menerus bila harga minyak jatuh. Venuavela jd negara miskin sbb wang kertas tidak berguna sbb wang kertas bukan komoditi... Bukan harga barang naik tp nilai wang kertas yg jatuh aka kuasa membeli mengurang berbanding kita jika ada emas..

    ReplyDelete
  6. Selagi umat menggunakan wang fiat kertas riba tidak menggunakan sandaran emas maka selagi itu umat islam ditindas, diperangi dan dihimpit kemiskinan oleh kapalist dajal yg sewenang wenang meletak mata wang negara islam nilai sesuka hati mereka. Beli tenaga buruh, bahan mentah dgn harga murah tak menusabah.Tgk ajr penipuan mereka memaksa penggunaan dollar utk membeli minyak sdg kan amerika shj boleh mencetak wang dollar sesuka hati mereka dan sewenang nya menaikkan defisit x masuk akal hingga lebih 20 trillion sdg kan america x punye emas sebyk itu. Sbb itu wujud BRiCs kembali pd sandaran emas. Tgk ajr nilai ringgit menjunam terus menerus bila harga minyak jatuh. Venuavela jd negara miskin sbb wang kertas tidak berguna sbb wang kertas bukan komoditi... Bukan harga barang naik tp nilai wang kertas yg jatuh aka kuasa membeli mengurang berbanding kita jika ada emas..

    ReplyDelete
  7. http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/5-tips-mudah-bangun-pagi-lebih-awal.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/8-alasan-lebih-baik-punya-di-apartemen.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/tak-suka-minum-air-nyawa-wanita-cantik.html

    QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 7 Permainan.
    • BandarQ
    • AduQ
    • Capsa
    • Domino99
    • Poker
    • Bandarpoker.
    • Sakong
    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61
    • BB : 2B3D83BE
    Come & Join Us!

    ReplyDelete