Thursday 20 June 2013

Panduan membeli emas supaya tidak rugi



Semua orang suka beli emas. Sama ada betul-betul suka atau kerana terpaksa sebab bini suruh, tak tau lah.. tapi yang jelas… beli emas
tetap tak rugi. Yang penting, anda ada ilmunya. Berikut adalah beberapa petua membeli emas. Harap bermanfaat.
1.      Beli barang kemas 999 (24k) atau 916 (22k) sahaja
Kedua-dua jenis ketulenan emas tu mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang. Emas 999 (kandungan emas 99.9%) jarang dibuat barang kemas sebab ia telalu lembut dan mudah lekuk. Untuk kenal emas 999 dan 916 ialah cek pada bahagian belakang barang kemas tu sebab biasanya ia akan ditempa dengan cop “999” dan “916”.

2.      Beli barang kemas padu/ tumpat sahaja
Elakkan barang kemas yang berlubang/ kosong di dalam. Ini penting untung memudahkan proses penilaian ketulenan menggunakan densimeter bila nak jual balik ataupun dipajak di Ar-Rahnu nanti. Densimeter tak dapat buat bacaan yang tepat bagi barang kemas yang belubang ataupun mempunyai batu pertama.Selain daripada tu, barang kemas padu lebih kukuh, tahan lasak dan payah patah, putus, bengkok, rosak dan sebagainya.

3.      Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata
Nilainya sangat rendah bila nak jual balik dan tak diterima untuk gadaian. Emas 916 biasanya jarang ada batu permata sebab ia tak cukup kuat untuk pegang permata. Kalau emas 916 tapi ada permata, awas! Mungkin barang kemas tu bukan 100% emas 916, biasanya emas 750.

4.      Simpan resit belian
Resit asal belian akan membezakan nilai bila nak jual balik pada pengeluar, dan ia perlu untuk pajak di Ar-Rahnu nanti. terutama kalau orang lelaki yang nak pajak emas. Kalau nak jual balik emas yang kita beli dari Wah Chan atau Sri Ayu contohnya; kalau ada resit dia beli balik dengan harga diskaun 20% (spread), kalau tau tak ada resit asal, dia akan beli dengan diskaun 25% dari harga semasa.

5.      Jangan beli emas putih
Emas putih di jual pada harga platinum (logam paling mahal, lebih mahal daripada emas 999), tapi tak ada second hand value. Emas putih mengandungi samaada 75% atau 37.5% emas, selebihnya dicampur dengan logam lain. Rupa emas putih sama dengan silver. Bezanya cuma terdapat cop “750” atau “375” sahaja. bukan mudah nak jual balik emas putih tu. Yang jelas, memang ianya rugi dari sudut pelaburan.

6.      Survey kos upah paling rendah. 
Kos upah berbeza untuk satu kedai dengan kedai yang lain walaupun designnya sama. Kalau tak ada kos upah lagi bagus.

7.      Cari kedai yang jual emas bawah harga FGJAM(Persatuan Pekedai Emas).
Harga ‘standard’ pekedai emas boleh rujuk di sini www.fgjam.org.my . tapi sekarang dah tinggal website je. Bahagian harga tertulis RM0.00 je. Nak tau harga, memang kena keluar jalan-jalan.

8.      Cari kedai yang terima belian balik (trade-in) dengan harga yang tinggi.
Secara puratanya, mereka beli balik dengan harga diskaun 20% - 25%, tetapi ada juga kedai yang sanggup beli balik dengan harga diskuan 15% hingga 20%. Selalunya lagi banyak/berat yang kita jual, semakin rendahlah spreadnya.

Semoga bermanfaat

No comments:

Post a Comment