Saturday 28 September 2013

RIBA; Dosa Besar Yang Hampir Tidak Dipedulikan





Maksud riba secara mudah dan ringkas ialah sebarang tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh dan tambahan dalam pertukaran barangan ribawi.

Ia merangkumi riba hutang (riba al-Duyun)  dan riba melalui pertukaran barangan ribawi (riba al-Buyu’).
 
1. RIBA’ AL-DUYUN
Riba jenis ini terhasil daripada hutang. Ia merupakan lebihan yang terhasil disebabkan tempoh. Ia terbahagi kepada dua iaitu:

a) Riba al-Qardh: Iaitu sebarang manfaat tambahan yang disyaratkan ke atas pemberian jumlah pinjaman pokok. Syarat ini dibuat pada awal kontrak pinjaman. Ia dikenakan oleh pemberi pinjam kepada yang meminjam. 

Sebagai contoh, Ahmad ingin meminjam RM20 000 daripada bank A untuk beli kereta baru. bank A menetapkan syarat bahawa Ahmad wajib membayar semula hutang tersebut sebanyak RM271 sebulan selama 9 tahun. Jumlah keseluruhan yang dibayar ialah sebanyak RM22 430. Ada lebihan sebanyak RM2430. Lebihan RM2430 merupakan riba ad-Duyun jenis al-Qardh.
 
b) Riba al-Jahiliyyah: Merupakan kadar atau sebarang manfaat tambahan lebih dari jumlah pokok, yang dikenakan oleh pemberi pinjam kepada peminjam akibat si peminjam gagal membayar pada tempoh yang telah dipersetujui.  

Sebagai contoh, Kasim bersetuju memberi pinjaman kepada Roslan sebanyak RM500 dan dikehendaki membayar kembali satu bulan dari sekarang. Tetapi sekiranya Roslan gagal membayar hutang Kasim sebelum atau pada 1 bulan yang telah ditetapkan, maka Ahmad dikehendaki membayar pada Mohd sebanyak RM600. Lebihan sebanyak RM100 merupakan riba’ al-Duyun jenis al-Jahiliyyah.
 
B) RIBA’ AL-BUYU’
Riba’ jenis ini pula muncul daripada jual beli barangan ribawi (emas, perak, gandum, barli, tamar dan garam). Ia merupakan ketidaksamaan pada berat atau kuantiti pertukaran 2 barang ribawi atau pertukaran tersebut dibuat secara tangguh. Mengikut mazhab al-Syafie.. ada 3 jenis riba jenis ini.

a) Riba’ an-Nasi ah: Ia merupakan jual beli atau pertukaran 2 barangan riwawi yang sama jenis dan pertukaran tersebut dibuat secara tangguh (tidak disempurnakan dalam 1 masa).

Sebagai contoh, Kak Mazlina membeli emas seberat 6 gram dengan harga RM1,000 secara tangguh (maknanya, ambil emas hari ini, bayarnya bulan depan).

b) Riba al-Fadhl: Merupakan jual beli atau pertukaran antara 2 barangan ribawi yang sama jenis dengan berbeza kadar berat (jika dijual dengan timbang) atau kuantiti (jika dijual secara bilangan kuantiti). 

Sebagai contoh, Menukar 10 gram emas (jenis 916) dengan 12 gram emas (jenis kualiti 750). Pertukaran jenis ini adalah haram kerana sepatutnya kedua-duanya mesti sama timbangan (contoh: 10 gram atau 12 gram). Perbezaan kualiti tidak memberikan kesan kepada hukum. Walaupun ada yang kata peratusan emasnya tidak sama. Tetapi ia tidak memberi kesan kepada hukum sebab kaedah uruf digunakan di sini. Bila disebut emas…. Emaslah tiada apa yang nak dipersoalkan.

c) Riba al Yad
Menukar 2 jenis barang ribawi yang tak sama jenis tetapi sama pada ilahnya (ilah pada matawang atau makanan).

Terdapat 2 syarat yang wajib dipenuhi agar terhindar daripada riba al-Fadhl, riba’ an-Nasi ah dan riba al-Yad iaitu:
i) Mesti sama berat atau kuantitinya (walau berbeza kualiti dan harganya).

ii) Transaksi pertukaran mesti dilakukan dalam satu masa atau satu majlis (maksudnya, pembeli dan penjual tidak boleh beredar sebelum menyerahkan barang pertukaran).

No comments:

Post a Comment